Siri anime Jujutsu Kaisen akan kembali dengan musim 2 pada 2023. Baru-baru ini, satu poster visual baru telah didedahkan di laman web rasmi. Anda boleh melihat visual baru itu di bawah.
Jujutsu Kaisen musim 2 ini akan ditayangkan dengan dua bahagian. Setiap bahagian akan mengadaptasi arc Kaigyoku/Gyokusetsu dan arc Shibuya Incident. Pasti ramai antara anda ternanti-nanti kan arc Shibuya Incident dengan pertarungan hebat bersama Gojo. Buat masa ini, tarikh tayangan rasmi masih belum diumumkan oleh MAPPA. Jadi kita tunggu sahaja pengumuman rasmi lanjut daripada mereka.

Musim pertama Jujutsu Kaisen merangkumi 64 bab pertama yang ditamatkan di Death Painting Arc. Jadi, Jujutsu Kaisen Season 2 akan diteruskan dengan “Gojo’s Past Arc” yang memaparkan hubungan antara Gojo & Geto serta analisis yang lebih mendalam tentang personaliti Geto. Selain itu, arc ini akan memperkenalkan, Toji Fushigoro, iaitu ayah Megumi yang mempunyai peranan penting dalam jalan cerita. Pada masa yang sama, kita juga berpeluang melihat pertarungan epik antara Toji lawan Gojo. Jadi, banyak lah yang peminat boleh nantikan.

Berikut adakah sinopsis Jujutsu kaisen:
Dalam dunia di mana iblis memakan manusia, serpihan kecil dari iblis legenda Ryoma Sukuna hilang dan tersebar di dunia manusia. Sekiranya ada iblis yang memakan bahagian tubuh Sukuna, kekuatan yang diperolehi dapat menghancurkan dunia. Nasib baik, wujudnya sebuah sekolah misteri yang terdiri daripada ahli sihir Jujutsu untuk melindungi manusia dari ancaman alam ghaib!
Yuji Itadori adalah pelajar sekolah menengah yang menghabiskan hari-harinya dengan mengunjungi datuknya. Walaupun kelihatan seperti remaja biasa, kekuatan fizikalnya yang luar biasa adalah sesuatu yang tidak harus dipandang rendah! Setiap kelab sukan mahu dia, tetapi Itadori lebih suka bergaul dengan rakan-rakan di Occult Club. Suatu hari, kelab ini berjaya mendapatkan sejenis objek sumpahan, tetapi mereka tidak tahu keganasan yang bakal melanda mereka ketika mereka memecahkan meterainya…

Agak-agaknya bulan berapa Jujutsu Kaisen musim 2 ini akan tayang? Untuk pembaca manga, adegan mana yang anda teruja sangat untuk tonton. Untuk segala liputan kami tentang Jujutsu Kaisen, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post