Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime NieR: Automata Ver 1.1a Akan Ditayangkan Pada Januari 2023, 2 Teaser baru Telah Didedahkan!

Maira by Maira
September 24, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime NieR: Automata Ver 1.1a Akan Ditayangkan Pada Januari 2023, 2 Teaser baru Telah Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Adaptasi anime untuk game popular, NieR: Automata akhirnya mendedahkan tarikh tayangannya. Setelah lama tiada berita, pengumuman baru ini telah diadakan semasa siaran livestream Aniplex Online Fest 2022. Siri anime NieR: Automata Ver 1.1a ini akan dapat ditonton pada Januari 2023! Bersama-sama pengumuman tersebut, terdapat dua trailer baru yang dikeluarkan. Anda boleh menonton kedua-dua trailer tersebut di bawah.

A-1 Pictures akan bergantung jawab dalam penghasilan animasi bersama-sama pengarah Ryouji Masuyama dan Yoko Taro. Jun Nakai pula hadir sebagai pereka watak dan ketua pengarah animasi. Muzik anime akan dihasilkan oleh komposer MONACA. Yui Ishikawa dan Natsuki Hanae pula kembali dengan watak masing-masing sebagai 2B dan 9S.

Berikut adalah sinopsis untuk NieR: Automata:

NieR: Automata berlangsung pada masa depan yang jauh, di mana manusia dihalau dari Bumi oleh warga mesin yang dibina oleh makhluk asing. Harapan terakhir umat manusia adalah “YorHA,” sekumpulan pahlawan android yang dihantar ke Bumi untuk membunuh semua mesin dan menuntut hak semula bagi planet ini. Game pertama memfokuskan pada tiga watak iaitu, 2B, 9S dan A2, di mana mereka mempersoalkan moral di sebalik misi dan kewujudan mereka.

Game pertama Automata diterbitkan oleh Square Enix dan dihasilkan oleh Platinum Games, serta diarahkan oleh Yoko Taro, yang sebelum ini menerajui siri Drakengard dan Nier. Walaupun game Nier pertama tidak berjaya dari segi jualan, ia memperoleh sambutan yang besar oleh para peminat setia lalu mendorong Square Enix untuk melancarkan sekuel pada 2017.

Nier Automata anime

Sekuel ini pula dilancarkan untuk PC dan PS4, tetapi kemudiannya diadaptasikan ke Xbox One. Automata menerima sambutan yang lebih positif berbanding pendahulunya, di mana ramai yang memuji jalan ceritanya yang penuh emosi, soundtrack yang kena dengan tema dan gameplay yang lebih digilap. Sekuel ini berjaya menjual lebih dari 6 juta salinan setakat 2021. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai NieR daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: animeNieR:Automata
Previous Post

Marvel’s Spider-Man: Miles Morales bakal keluar di PC, dijangka hujung tahun ini!

Next Post

Remake Anime Rurouni Kenshin Akan Hadir 2023! Trailer Terbaru Didedahkan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Remake Anime Rurouni Kenshin Akan Hadir 2023! Trailer Terbaru Didedahkan!

Remake Anime Rurouni Kenshin Akan Hadir 2023! Trailer Terbaru Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd