Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview PGA TOUR 2K23 – “Tee Off” bersama AI

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 21, 2022 - Updated on September 22, 2022
in Artikel, Berita, PC, Preview, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Preview PGA TOUR 2K23 – “Tee Off” bersama AI
Share on FacebookShare on Twitter

PGA TOUR 2K23 oleh 2K Games bakal tiba, dan kali ini kita akan fokuskan kepada satu lagi mode utama selain daripada aspek multiplayer iaitu Career Mode! Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita selamai preview pendek saya sebagai pakar simulasi golf seterusnya!

Aspek Customization

Bahagian character customization sejujurnya jauh lebih mendalam daripada apa yang saya sangkat. Watak golf anda boleh dipilih daripada beberapa preset, atau sebaliknya anda boleh mencipta diri sendiri atau apa-apa saja dengan mengubah:

  • Bahagian muka termasuk jarak, kedalaman, sudut untuk setiap bahagian muka
  • Warna kulit, tahi lalat, lesung pipit, pipi
  • Preset untuk warna mata, gaya rambut, misai/janggut, kening, solek, ketinggian

Almari pakaian boleh diperoleh secara beransur-anur daripada permainan sebagai unlockable item, atau boleh dibeli melalui kedai in-game. Anda juga boleh memilih pakaian watak daripada preset yang diberikan.

Barangan lebih mekanikal akan berada dalam loker yang menyimpan semua peralatan anda. Sudah tentu, terdapat kosmetik untuk peralatan ini, di mana statistik sebenar datang daripada tahap “rarity” item tersebut, atau “fittings” (kelengkapan) yang anda gunakan. Setiap fitting akan mengenakan bayaran bergantung pada betapa “rarity”.

Apa yang menarik adalah cara mereka dapat mengubah golf terasa seperti sebuah permainan video dengan mewujudkan skill tree dan archetype. Dalam preview yang saya cuba, had level adalah 50, dengan 7 skill tree dan 3 level bagi setiap kemahiran. Skill tree ini memberikan “modifier” kepada aspek tertentu bagi persembahan golf anda, dan akan diaktifkan secara automatik mengikut keadaan.

Archetype pula bermaksud “gaya” golf tertentu, masing-masing dengan kekuatan dan kelemahan sendiri yang mempengaruhi cara anda bermain. Ini saling melengkapi skill tree yang boleh digunakan untuk menyeimbangkan kelemahan dan kekuatan anda.

Sesi membantai musuh AI

Sebagai seorang beginner, saya sememangnya menetapkan segala-gala setting supaya mudah untuk saya dan memutuskan untuk cuba PGA Tour untuk melihat pengalamanya. Ketika saya bermain lebih banyak, saya akan dapat melihat skor “handicap” (HCP) seiring dengan setiap perlawanan.

Perlawanan tertentu dalam Tour akan membenarkan perubahan lokasi, yang anda perlu menyemak jadualnya. Rival (pesaing) pula terhad kepada PGA Tpur yang boleh anda kalahkan dalam acara untuk mendapatkan pelbagai ganjaran. Semasa pilihan Rival, anda boleh membaca bio ringkas dan lihat ganjaran apa yang boleh anda peroleh daripada mereka. Kalahkan semua dalam satu peringkat untuk meneruskan ke peringkat seterusnya, di mana preview ini menyediakan sehingga 6 peringkat secara keseluruhan.

Kembali dari pengalaman saya sebelum ini adalah “sponsor”, dengan sehingga 3 pilihan tersedia serentak untuk sama ada Apparel, Club atau Ball. Tidak mengejutkan, cubaan untuk mendapatkan sponsor baharu apabila anda sudah mempunyai sponsor sedia ada boleh menjejaskan hubungan dengan sponsor terdahulu anda, jadi sebaiknya elakkan perkara itu selagi boleh. Berbuat baik dalam acara, dan mereka akan gembira dengan anda, dengan bonus untuk unlock daripada sponsor tertentu itu.

Sebaik sahaja anda mencapai fairway, lubang tertentu mempunyai cabaran masing-masing untuk memperoleh EXP bonus. Walaupun tahap Beginner kata anda hanya perlu mengayun dan memukul, ia tidak begitu mudah. Angin dan ketinggian mesti diambil kira, jadi Beginner lebih banyak bantu kita untuk aspek itu. Jika mana-mana kemahiran yang anda pelajari boleh digunakan, anda boleh melihat kesan yang diperolehi di bahagian atas sebelah kanan.

Akhir sekali ialah Clubhouse Pass, dengan sehingga 50 level ganjaran. Preview ini menunjukkan sekurang-kurangnya 45 hari untuk satu musim, menawarkan dua peringkat ganjaran untuk mana-mana ganjaran antara kosmetik dan fitting untuk mereka yang berusaha mencapai puncak.

Pendapat

Secara keseluruhan, gameplay teras tidak berubah, tetapi terdapat lebih banyak pilihan untuk pemain baru mencuba game ini. Saya suka pilihan 3 Button Click yang terasa jauh lebih mudah untuk digunakan daripada apa yang saya alami dalam PGA TOUR 2K21. Elemen gamify dalam game juga membantu para beginner dalam keadaan yang sukar dan memudahkan mereka untuk memahaminya dalam format yang lebih senang.

Ini hanyalah sebahagian kecil yang terdapat dalam PGA TOUR 2K23. PGA Tour 2K23 akan dikeluarkan pada 14 Oktober untuk platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: golfPGA TOUR 2K23Preview
Previous Post

Segala Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang HoYo FEST 2022 Genshin Impact Malaysia!

Next Post

Logitech umumkan G Cloud, mungkin tidak tersedia di Malaysia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Logitech umumkan G Cloud, mungkin tidak tersedia di Malaysia

Logitech umumkan G Cloud, mungkin tidak tersedia di Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd