Terbaru, Logitech telah mengumumkan satu peranti baharu yang dikuasakan oleh Android iaitu G Cloud. Ia bakal dilancarkan pada 17 Oktober 2022 dengan berharga $349.99 (anggaran RM 1598.54) dan kami tidak pasti sama ada ia akan dibawa masuk ke Malaysia atau tidak.
Bekerjasama dengan Tencent Game, Logitech G Cloud dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 720G dan Octa-core CPU sehingga 2.3GHz. Resolusi yang tersedia adalah 1920 x 1080 FHD dengan skrin bersaiz 7 inci dan IPS LCD. Namun, refresh rate yang ada pada peranti ini hanya 60Hz sahaja.
Menurut Logictech, peranti ini dapat menyokong “cloud streaming” daripada pelbagai aplikasi. Anda boleh bermain pelbagai game dari Xbox yang menggunakan Xbox app, Steam game melalui SteamLink atau download aplikasi remote play, penstriman video dan banyak lagi.

Memandangkan ianya peranti gaming handheld yang sama seperti Steam Deck dan Nintendo Switch, ia telah didatangkan dengan gamepad control termasuk dual analog stick, direction pad, four face button, four shoulder button, motion sensor dan force feedback.
Steam Deck dan Nintendo Switch sendiri masing-masing fokus pada platform masing-masing, Logitech G Cloud mempunyai fokus yang berbeza di mana peranti ini dibangunkan untuk tujuan “Cloud Gaming.” Tambah pula dengan menggunakan OS Android, sudah pasti anda boleh menggunakan Google Play untuk install pelbagai aplikasi daripadanya.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Logitech G Cloud bakal dilancarkan pada 17 Oktober 2022 dan tidak pasti sama ada ia akan masuk ke Malaysia atau tidak. Tetapi jika nak diikutkan, Malaysia masih tidak tersedia dengan “cloud gaming” dan mungkin akan dilancarkan pada negara tertentu sahaja.
Untuk spesifikasi penuh Logitech G Cloud, sila klik pautan ini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai teknologi, game, anime dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post