HyperX, jenama terkenal dalam gaming dan esport, akan menyediakan promosi istimewa mulai sekarang hingga 30 September di HyperX Lazada Brand Store, untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-20!
HyperX merancang untuk menganjurkan acara dalam dan luar talian sepanjang bulan September dan Oktober. Acara itu termasuk peraduan media sosial, parti hari jadi global serta menawarkan diskaun besar untuk seluruh produknya.

Dalam satu kenyataan sempena ulang tahun ke-20, HyperX berkata:
“Masuk umur 20 tahun adalah peristiwa penting dalam sejarah HyperX. Seperti industri gaming, HyperX telah berkembang jauh. Asalnya, HyperX hanya menawarkan memori gaming ultra-pantas, tetapi hari ini kami hasilkan reka bentuk dan mengeluarkan headset gaming, keyboard gaming, mikrofon untuk para content creator, gaming mouse dan aksesori untuk setiap jenis gamer sama ada PC, konsol atau mobile.”
“Kami sangat berbangga dengan legasi yang kami cipta sejak dua dekad lalu. Kami mendengar keperluan gamer yang semakin berkembang di seluruh dunia dan telah belajar daripada setiap produk yang dilancarkan ke pasaran, untuk memastikan kami sentiasa memberikan yang lebih baik.”
“Kami menolak sempadan dan mencabar persepsi gamer dengan bekerjasama dan mengaburkan garis antara gaming dan industri lain termasuk muzik dan filem. Gaming bukan lagi niche tetapi sebahagian daripada kehidupan semua orang.”
“Akhir sekali, bukan sahaja peminat, rakan kongsi dan industri yang telah membentukkan HyperX tetapi bakat juga telah menggalakkan dan memupuk di kalangan pekerja dahulu dan sekarang untuk meningkatkan had secara konsisten dan menetapkan standard baharu.”

HyperX akan menyediakan promosi istimewa dari sekarang hingga 30 September. Untuk melihat produk diskaun, sila layari HyperX Lazada Brand Store .
@gamersantaimy
Discussion about this post