Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sonic Frontiers dedahkan lagu penutup rasmi, nyanyian One Ok Rock

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 7, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Muzik, Nintendo Switch, Open World, PC, Platformer, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Sonic Frontiers dedahkan lagu penutup rasmi, nyanyian One Ok Rock
Share on FacebookShare on Twitter

Menjelang pelancarannya pada bulan November nanti, Sonic Frontiers telah berkongsi lagu penutup rasmi untuk game! Dalam kebanyakan game Sonic, ia menjadi tradisi untuk ada lagi tema pembukaan dan satu lagu penutup untuk kredit akhir. Sonic Frontiers tidak terkecuali daripada sistem ini, di mana pemain kini boleh mendengar lagu penutup rasmi yang dinyanyikan oleh One Ok Rock.

https://www.youtube.com/watch?v=doP_B-ZO9iw

Lagu penutup ini bertajuk “Vandalize” dan dipersembahkan oleh One Ok Rock, sebuah kumpulan rock Jepun. Walaupun mereka adalah kumpulan J-Rock, lagu “Vandalize” dinyanyikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris manakala versi Jepun akan dikeluarkan khas untuk negara Jepun.

Peminat Sonic boleh mendengar lagu penutup ini melalui video yang dimuat naik ke halaman media sosial rasmi Sonic the Hedgehog. Preview ini menampilkan klip daripada game yang diedit supaya sepadan dengan muzik.

Jika korang dengar dan suka rentak lagu itu dalam video preview di atas, halaman sosial media Sonic juga berkongsi lagu penuh yang dimuat naik secara rasmi oleh One Ok Rock di YouTube. Pada masa yang sama, “Vandalize” kini tersedia sebagai single melalui pelbagai perkhidmatan streaming seperti Spotify.

Kami mahu melakukan kolaborasi ini kerana kami benar-benar serasi dengan Sonic, sebuah francais Jepun yang mencabar dirinya di perairan global. Semasa ONE OK ROCK menjelajah Amerika Syarikat (untuk konsert), kami juga membuat persembahan di seluruh dunia, termasuk Eropah, Asia dan Amerika Selatan.

Jadi, kami sangat gembira untuk menjadi sebahagian daripada kolaborasi ini!

Lagu kolab Vandalize, mempunyai vibe “kencang” dan melodi gaya Jepun, sambil mengekalkan bunyi dan gaya ikonik ONE OK ROCK. Kami rasa lagu itu benar-benar sepadan dengan imej Sonic yang cool dan menangkap perasaan segar berlari pada kelajuan penuh. Kami harap anda menikmati mendengar Vandalize sambil meneroka Sonic Frontiers!

Komen daripada Taka (ONE OK ROCK).
https://www.youtube.com/watch?v=8LJi4mjc7Nc

Sonic Frontiers akan dilancarkan pada 8 November untuk PC, PS4, PS5, Switch, Xbox One dan Xbox Series X/S.

Tags: MuzikOne Ok RockSonic Frontiers
Previous Post

PUBG Mobile umum map baru Nusa, bakal tiba pada September ini!

Next Post

God of War Ragnarok: Gameplay Kratos di dunia Svartalfheim didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
God of War Ragnarok: Gameplay Kratos di dunia Svartalfheim didedahkan!

God of War Ragnarok: Gameplay Kratos di dunia Svartalfheim didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd