Kebanyakan tournament permainan pertempuran pasti akan ada peringkat-peringkat yang harus dilalui sebelum ke peringkat final. Sudah pasti acara tournament yang besar ini akan membawa nama-nama besar dan pesaing-pesaing serantau yang kita tidak pernah bermain antara satu sama lain,jadi dari situ pemain-pemain haruslah bersiap sedia untuk menghadap pesaing-pesaing mereka. Kali ini, Tsuyoshi seorang pemain Dragon Ball FighterZ yang baru sahaja berumur 9 tahun, nampaknya dia harus menempuh gemuruh apabila dia harus menghadapi ayahnya sendiri di tournament baru-baru ini di Tokyo, Jepun.
Tsuyoshi merupakan seorang yang dikenali didalam pertandingan mingguan Dragon Ball FighterZ yang dianjurkan oleh Fighting Tuesday secara bersiri di Tokyo. Kemahirannya berkembang di setiap persaingan, dan menjadi pesaing yang hebat walaupun diusia muda. Dia telah memenangi pertandingan pertamanya pada Disember 2018 dan telah berhadapan pemain-pemain yang hebat termasuk dua perlawanan menentang finalis Evo Naoko ‘Moke’ Nakayama. Walaupun tidak selalu berjaya, Tsuyoshi terus berusaha setiap minggu dan sentiasa menerima sokongan padu dari ayahnya itu.
Baru-baru ini ternyata menjadi minggu yang berbeza untuk Tsuyoshi. Seperti biasa Tsuyoshi menghadap ramai pemain untuk ke peringkat seterusnya. Tetapi baru peringkat pertama, Tsuyosi terkejut apabila menghadap seorang pencabar yang bernama samaran Wasa, ternyata itu adalah ayahnya sendiri. Tetapi bagi ayahnya, dia memasuki perlawanan ini bukan kerana ingin mencabar anakknya itu, sebaliknya mempunyai motif yang sama seperti anaknya iaitu untuk memenangi hadiah di kejohanan tersebut.
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, walaupun skil mereka tak sehebat pemain pro, ternyata Tsuyoshi dapat menewaskan ayahnya 2-1. Mungkin kebiasaan bermain berdua dirumah membuatkan mereka berdua tahu cara dan skil masing-masing ketika bermain Dragon Ball FighterZ.
Jom saksikan video perlawanan mereka;
Nampaknya tak salah pun kalau kita nak menjadi seorang pemain game yang berjaya dari usia muda. Dorongan ibu bapa tersangat la perlu untuk ini. Mana la tau satu hari nanti korang pula yang akan berentap dengan ahli keluarga sendiri ye dok?
Sumber: Kotaku
@gamersantaimy
Discussion about this post