Kurama, yang juga dikenali sebagai Kyūbi no Yōko atau Nine-tailed Fox adalah watak yang penting dalam siri anime/manga Naruto. Diperkenalkan pada awal siri sebagai raksasa musang yang memusnahkan Konoha, dia dikurung di dalam tubuh Uzumaki Naruto semasa bayi. Namun, sebelum Naruto, beberapa orang lain pernah menyimpan Kurama dalam tubuh badan mereka. Di sini, saya akan cuba terangkan sebaik mungkin tentang asal-usul Kurama dan siapakah yang pernah menjadi bekas pemiliknya!
Otsutsuki Hagoromo

Kurama dan raksasa berekor (bijuu) lain mula wujud pada zaman Hagoromo Otsutsuki yang menggunakan teknik Banbutsu Sozo no Jutsu/Creation of All Things Technique untuk membahagikan chakra “Raksasa Berekor Sepuluh” kepada sembilan badan berasingan lalu memberi nama kepada setiap satu raksasa berekor itu. Di sini lah asal-usul Kurama bermula.
Sebelum kematiannya, Hagoromo menghantar Kurama untuk melindungi sebuah kuil di kawasan sekitar hutan dan gunung yang kemudian akan menjadi sebahagian daripada Land of Fire. Lama kelamaan, Kurama dikenali sebagai raksasa menakutkan yang boleh mengakibatkan bencana alam. Pada masa ini juga lah dia hilang kepercayaan ke atas umat manusia.

Uzumaki Mito

Selepas Uchiha Madara berpaling tadah dari Konohagakure, dia menemui Kurama dan menggunakan Sharingan untuk mengawalnya, lalu memaksa musang itu melawan Hashirama Senju, si Hokage Pertama. Selepas Madara dikalahkan, isteri Hashirama iaitu Uzumaki Mito Uzumaki mengurung musang itu dalam dirinya, lantas menjadi jinchuriki pertamanya.

Selepas menghadapi dua Perang Dunia Shinobi, Mito berjaya menyimpan Kurama dengan selamat. Cuma ada satu ketika jampi itu hampir putus iaitu semasa dia sedang bersalin.
Uzumaki Kushina

Sebelum meninggal dunia, Mito menyerahkan tanggungjawab menjaga Kurama kepada Uzumaki Kushina dari Uzushiogakure, yang kemudian menjadi isteri kepada Minato Namikaze, Hokage Ke-4 dan juga ibu Naruto.
Kushina kekal sebagai Jinchuriki untuk tempoh masa yang lama. Bagaimanapun, sama seperti Mito, Kurama masih tidak mempercayainya. Kebencian di dalam diri Kurama terlalu dalam, jadi amat mustahil untuk dia mempercayai manusia. Itu tidak jadi masalah kerana Kushina masih dapat mengawal bijuu itu dengan baik berkat cinta yang hadir dalam hidupnya.

Selepas berakhirnya Perang Dunia Shinobi ke-3, Hokage ke-3 menempatkan Kushina di lokasi khas untuk memastikan Kurama kekal terperangkap di dalam badannya semasa Naruto dilahirkan. Walaupun lokasi itu dirahsiakan, seorang lelaki bertopeng bernama Tobi (rupanya Uchiha Obito) berjaya menemui lokasi itu dan mengeluarkan Kurama daripada kurungannya. Sejurus selepas itu, Tobi mengarahkan Kurama untuk memusnahkan kampung Konoha.

Selepas keadaan huru-hara dikawal semula oleh Minato, dia menghantar Kurama ke lokasi Kushina dan Naruto. Bagi korang yang tidak tahu, apabila sebuah raksasa berekor dikeluarkan daripada tubuh jinchuriki, individu itu wajib akan mati. Dalam situasi ini, Kushina sudah berada di ambang kematian tetapi menggunakan saki baki kekuatannya untuk menahan Kurama. Dari situ, Minato membuat rancangan pintar.
Namikaze Minato

Oleh kerana chakra Kurama terlalu besar untuk ditempatkan dalam tubuh seorang bayi, Minato menggunakan Shiki Fujin/Dead Demon Consuming Seal untuk memisahkan Kurama kepada dua: Yin dan Yang. Dia menyimpan bahagian Yin dalam dirinya, dan bahagian Yang dalam Naruto. Oleh itu, Minato juga layak digelar sebagai salah satu Jinchuriki Kurama.
Setelah sedar apa yang mereka rancangkan, Kurama cuba untuk membunuh Naruto, tetapi kedua-dua ibu bapa menggunakan tubuh mereka sebagai perisai untuk menyelamatkan protagonis kita.


Uzumaki Naruto

Disebabkan badannya mempunyai raksasa yang memusnahkan kampung Konoha, kehidupan Naruto amat bermasalah semasa membesar. Dicaci, dimaki, dibuli — semua Naruto pernah alami tetapi itu tidak menghalangnya untuk menjadi Hokage. Terkesan oleh sikap tidak putus asa milik Naruto, Kurama juga secara perlahan-lahan mula mempercayai manusia dan membantu Naruto.

Sehingga tiba lah Perang Dunia Shinobi ke-4, Naruto berjanji untuk membantu setiap Raksasa Berekor dan bahkan mempelajar nama sebenar mereka termasuk Kurama (sebelum ini kita hanya tahu namanya adalah Kyubi). Dari situ, kedua-duanya membentuk ikatan luar biasa dan menyelamatkan dunia bersama-sama. Naruto lah satu-satunya insan yang berjaya menyembuhkan kesedihan dan keperitan Kurama.
Pengakhiran Kurama

Malangnya, tidak semua berjalan lancar. Untuk mengalahkan musuh terkuat mereka setakat ini, iaitu Isshiki Otsutsuki dalam siri Boruto, Kurama terpaksa mengorbankan kuasanya untuk memberikan Naruto akses kepada Baryon Mode. Menggunakan nyawanya sebagai pertukaran, Kurama sekali lagi berjaya bantu Naruto menyelamatkan dunia.
Saat ini adalah bila mereka berpisah.
Adakah Kurama akan kembali pada masa depan atau adakah dia memang sudah tiada selama-lamanya? Apa pendapat korang tentang asal-usul Kurama? Cuba korang bincangkan nanti di ruang komen!
Untuk membaca segala liputan kami tentang Naruto, sila tekan pautan ini.
Sumber – Narutopedia
@gamersantaimy
Discussion about this post