Game terbaru daripada francais terkenal Yu-Gi-Oh!, telah pun tersedia untuk semua pemain di seluruh negara. Yu-Gi-Oh! CROSS DUEL membawa pemain merasai gaya terbaru game kad sehingga emapt orang pemain. Ianya tersedia untuk iOS dan Android.

Dengan menyampaikan gaya pertarungan kad yang dinamik, Yu-Gi-Oh! CROSS DUEL ialah pengalaman Yu-Gi-Oh serba baharu di mana kita bermain sehingga empat pemain. Menampilkan mode single-player, mode 4-player match dan mode 4-player co-op, Yu-Gi-Oh! CROSS DUEL menawarkan sesuatu untuk semua orang, sama ada mereka veteran Yu-Gi-Oh! atau pendatang baru.

Dalam game ini, pemain boleh melibatkan diri dalam pertarungan 4-pemain dan cuba mengalahkan pelbagai orang dari seluruh dunia. Antara ciri-ciri penting adalah:
- Tiga mode termasuk 4-player vs, 4-play co-op dan single-player Duel
- Ranked Match
- Raid Duel
- Tag Duel
- Gaya Dueling baharu yang sangat intuitif, walaupun untuk pendatang baru siri Yu-Gi-Oh!
- Watak daripada tujuh siri animasi Yu-Gi-Oh! untuk berjumpa dan berhadapan
- Paparan 3D monster daripada Yu-Gi-Oh yang luar biasa semasa adegan Summoning
- Monster customization yang membolehkan anda membuka skil baharu dan meletakkannya pada kad anda
- Bina dan ubahsuai Dek anda dalam sekelip mata dengan fungsi Auto-Create yang inovatif
- Dan banyak lagi!

Yu-Gi-Oh! CROSS DUEL percuma untuk dimainkan dan boleh didapatkan di App Store dan Google Play! Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai game ini, boleh lawati laman web rasmi game.









Discussion about this post