Seiring dengan acara Gundam Evolution – Mission Briefing, Bandai Namco telah mengumumkan yang Gundam Evolution akan dilancarkan pada 22 September 2022 di PC melalui Steam untuk Asia termasuk Singapura, Thailand, Indonesia dan negara tercinta kita Malaysia.
Manakala pelancaran konsol seperti PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One dan Xbox Series X|S, ia agak kebelakang sedikit dan akan keluar pada 1 Disember 2022 dan malangnya, ia tidak tiba di Malaysia.
Semasa acara tersebut, mereka telah mengumumkan banyak maklumat baharu seperti Mobile Suit, Map, Battle Pass dan banyak lagi. Tanpa melengahkan masa lagi, jom teruskan dengan Mobile Suit baharu.
Dengan pelancaran yang akan tiba pada 22 September 2022, mereka akan menambah sebanyak 3 Mobile Suit baharu iaitu Mahiroo, Zaku II (Melee Loadout) dan Unicorn Gundam. Ketiga-tiga Mobile Suit akan tersedia bersama-sama mobile suit yang lain seperti Gundam Barbatos, Gundam Exia dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, Unicorn Gundam tidak tersedia secara percuma dan boleh dibeli dengan menggunakan “EVO Coin” ataupun “Capital Coin”.
Seterusnya, mereka akan menambah sebanyak 4 map baharu sekali gus menjadikan 10 map secara keseluruhan dan sudah semestinya tersedia semasa ia dilancarkan nanti. Map baharu yang akan tiba adalah Wilderness Mining Field, Harbor City, Guiana Highlands dan Security Terminal. Jika lihat dengan mata kasar, ada map yang nampak begitu sempit dan ada yang sangat luas. Jadi, pastikan pemilihan Mobile Suit adalah sesuai untuk map yang akan dimainkan nanti.
Selain daripada Mobile Suit dan Map baharu, mereka juga mengumumkan yang mereka akan menambah Battle Pass atau lebih dikenali dengan Season Pass dalam game ini. Season Pass akan dikemas kini setiap bulan bersama-sama dengan Mobile Suit baharu. Dalam Season Pass, mereka akan memberikan banyak gambaran kepada pemain seperti “EVO Coin, Unit Skin, Rare Pod Ticket, Weapon Skin, Weapon Ornament” dan banyak lagi.
Tidak cukup dengan Season Pass, pemain juga boleh dapatkan DX Edition iaitu bundle yang mengandungi sebanyak 5 Mobile Suit dan 9 item eksklusif. Berikut adalah maklumatnya:
- Mobile Suit
- Unicorn Gundam
- Mahiroo
- Gundam Exia
- Marasai (UC)
- Zaku II (Melee Loadout)
- Item eksklusif
- 4 Unit Skin
- 4 Weapon Skin
- 1 Ornament
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Gundam Evolution akan dilancarkan pada 22 September 2022 di PC secara percuma dan tidak akan dilancarkan di konsol Malaysia. Saya tahu mesti ramai yang tidak sabar dengan nak main game ini kan. Jadi, boleh letak wishlist korang terlebih dahulu dan download pada 22 September 2022 di Steam. Untuk maklumat lanjut mengenai Gundam Evolution, sila klik pautan ini.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Gundam, anime, manga dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post