Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dead Island 2 akan lancar 3 Februari 2023 untuk PS, Xbox, & PC! [gamescom 22]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 24, 2022
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, PS5, Seram, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Dead Island 2 akan lancar 3 Februari 2023 untuk PS, Xbox, & PC! [gamescom 22]
Share on FacebookShare on Twitter

Baru diumumkan tadi di Gamescom 2022 Opening Night Live, penerbit Deep Silver dan pembangun Dambuster Studios rasmi akan melancarkan Dead Island 2 untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Epic Games Store pada 3 Februari 2023. Sempena itu, mereka mengeluarkan trailer baru yang korang boleh tonton di bawah:

Berikut adalah gambaran keseluruhan game, menurut Deep Silver:

Sebuah virus maut sedang merebak ke seluruh Los Angeles, dan mengubah penduduknya menjadi zombie yang mendahagakan daging manusia. Bandar ini dikuarantin dan tentera telah berundur. Digigit, dijangkiti, tetapi kebal, anda belajar memanfaatkan kuasa zombie yang mengalir dalam badan. Hanya anda, dan segelintir orang lain yang kebetulan tahan terhadap patogen tersebut, dapat menentukan masa depan Los Angeles (dan umat manusia).

Ketika mendedahkan kebenaran di sebalik wabak itu, anda juga akan menemui siapa—atau apa—diri anda. Bertahan, berkembang, selamatkan dunia—hanya satu hari yang biasa di HELL-A.

Daripada maklumat yang didedahkan, terdapat enam watak untuk dipilih, masing-masing dengan personaliti dan dialog unik mereka sendiri. Anda boleh mengubahsuai sepenuhnya kebolehan setiap Slayer (gelaran 6 pemain unik itu), dengan sistem skil serba baharu yang membolehkan pemain membuat re-spec (susun semula) serta-merta dan mencuba gaya permainan paling gila.

Sistem pertempuran pula memberikan pengalaman first-person penuh adrenalin dan berdarah, dengan banyak pilihan senjata tidak kira taktikal atau kejam untuk mengharungi gerombolan zombi. Untuk memberi pengalaman RPG yang betul, Dead Island 2 menawarkan banyak misi yang menarik di mana anda dan (sehingga) tiga pemain lain dapat cuba bertahan hidup di Hell-A secara mode co-op.

Sekali lagi saya ingatkan, Dead Island 2 akan keluar untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Epic Games Store pada 3 Februari 2023 serta tersedia untuk prapesan sekarang.

Edisi Day One termasuk kandungan boleh dimuat turun “Memories of Banoi Pack,” yang mengandungi Banoi War Club, Memories of Banoi Baseball Bat, Weapon Perk (balanced, Personal space skill card).

Untuk segala liputan kami tentang gamescom 2022, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dead Island 2Gamescom
Previous Post

[gamescom 22] The Outlast Trials umumkan ujian beta tertutup pada 28 Oktober 2022

Next Post

Acer Chromebook Vero 514 Diperkenalkan! Diperbuat Dengan Bahan Kitar Semula!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Acer Chromebook Vero 514 Diperkenalkan! Diperbuat Dengan Bahan Kitar Semula!

Acer Chromebook Vero 514 Diperkenalkan! Diperbuat Dengan Bahan Kitar Semula!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd