Ketua Pegawai Eksekutif Virtuos, Gilles Langourieux, menggambarkan Virtuos sebagai sebuah “platform agnostik” apabila menerangkan skop kerja untuk Virtuos Kuala Lumpur, walaupun dia berkata mereka tidak akan memulakan apa-apa projek NFT berkontroversi dalam masa terdekat. Pada hari pelancaran Virtuos Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, beliau menyifatkan NFT sebagai ciri yang bermasalah atas sebab etika dan persekitaran.

“NFT, kami belum melabur secara agresif lagi. Kami sedang menguji, tetapi tidak melabur secara agresif kerana kami melihat terlalu banyak isu. Kami nampak isu etika, isu gameplay, isu persekitaran.
Sebagai contoh, polisi CESA kata kita perlu mengurangkan jejak karbon. Kebanyakan NFT bergantung pada blockchain, yang menyedut tenaga. Ia satu percanggahan”.
“Kami hanya ingin kata ia mempunyai beberapa masalah sekarang yang kami ingin membantu untuk menyelesaikan. Sebaik sahaja ia dibetulkan, kita akan memulakan pelaburan. Kami hanya mengelak ‘gold rush’.
kata Langourieux.

Walaupun begitu, dia tidak mengesahkan sebarang projek yang sedang dijalankan dan menjelaskan bahawa Virtuos amat terbuka untuk bekerja pada game mobile dan game jenis AAA.
“Baru-baru ini, peranti mudah alih telah menjadi sekuat peranti konsol generasi sebelumnya. Hari ini, kira-kira 30% daripada perniagaan kami berkaitan dengan judul mudah alih. Kami menyumbang kepada judul daripada Activision, Candy Crush oleh Zynga. Pembangun di China, Korea yang kebanyakannya menumpukan pada mudah alih, juga bekerjasama dengan kami”.
Sambung Langourieux.

Selain itu, Mufizal Mokhtar selaku Pengurus Besar Virtuos Kuala Lumpur juga berkata mereka tidak akan bias antara kedua-dua jenis game di mana rancangan mereka adalah untuk membuat pelbagai jenis game untuk dinikmati pemain.
“Kami sepatutnya dapat mengusahakan setiap jenis game kerana pembangunan permainan, pada intipati terasnya, seharusnya adalah sama. Sudah tentu, terdapat beberapa syarat khas, seperti konsol lawan mudah alih atau PC, tetapi untuk Virtuos Kuala Lumpur, cita-cita kami adalah untuk bekerja pada semua platform”.
kata Mufizal Mokhtar.

Anda boleh baca lagi tentang Virtuous Kuala Lumpur di artikel ini yang termasuk pautan untuk jawatan kosong bagi sesiapa yang berminat.









Discussion about this post