Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peminat Shrek Minta Filem Terbaru Selepas Kung Fu Panda 4 Diumumkan!

Maira by Maira
August 16, 2022
in Animasi, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Peminat Shrek Minta Filem Terbaru Selepas Kung Fu Panda 4 Diumumkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada minggu lepas, Dreamworks Animation telah pun mengumumkan bahawa Panda kegemaran ramai, Po akan kembali dengan filem terbarunya. Filem Kung Fu Panda 4 itu akan dijadualkan untuk tayang pada 8 Mac 2024. Berita ini memang disambut baik oleh ramai peminat tetapi lain pula buat peminat siri Shrek. Nampaknya mereka telah bangkit setelah pengumuman tersebut.

Filem Shrek sememangnya antara siri popular yang pernah dihasilkan oleh Dreamworks malah peminat-peminatnya juga masih berharap bahawa ianya diteruskan. Ada juga yang meminta syarikat animasi tersebut untuk keluarkan entri filem terbaru. Elok sahaja pengumuman mengenai filem Kung Fu Panda yang baru dilepaskan, boleh pula “Shrek 5” menjadi trending di Twitter.

https://twitter.com/shreketc/status/1558216586229694469?s=20&t=GkbwJMuUBgd6yAa4GCekLQ

Ramai juga yang menyangka bahawa filem Shrek 5 diumumkan, rupa-rupanya ia hanyalah luahan perasaan kecewa peminat siri itu. Kali terakhir filem Shrek dikeluarkan pada 2010 dengan tajuk “Shrek Forever After”. Apabila baca sahaja tajuk itu, sudah tentu ramai yang fikir bahawa ia adalah penamat untuk kisah Shrek. Dengan spin-off, Puss in Boots: The Last Wish yang akan ditayangkan pada Disember ini, nampaknya memang tiada harapan langsung untuk peminat mendapatkan filem baru Shrek.

kung fu panda

Apapun, Kung Fu Panda masih lagi satu siri yang hebat malah setiap filem barunya mendapat sambutan hangat daripada penonton. Agaknya apa pula perkara baru yang akan kita pelajari daripada filem baru ini. Tidak sabar pula untuk tunggu 2024 tiba. Kalau anda ingin dapatkan liputan terbaru mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Dreamworks AnimationKung Fu Panda 4shrek
Previous Post

Valorant & Webtoon lancarkan pertandingan komik – Sertai sekarang!

Next Post

Game baru Lord of the Rings dalam pembikinan oleh Weta Workshop

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Game baru Lord of the Rings dalam pembikinan oleh Weta Workshop

Game baru Lord of the Rings dalam pembikinan oleh Weta Workshop

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd