Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kekal halal, Overwatch hentikan penjualan loot box bermula 30 Ogos 2022

safwan by safwan
August 10, 2022
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch, Origin, PC, PS4, PS5, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Kekal halal, Overwatch hentikan penjualan loot box bermula 30 Ogos 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Kini sedang berlangsungnya acara Overwatch Anniversary Remix Vol. 3 yang bermula pada 9 Ogos sehingga 30 Ogos 2022. Bersama dengan pelancaran acara ini, Blizzard mengatakan yang loot box akan berakhir pada hari yang sama acara itu habis dalam Overwatch.

Jadi, pemain Overwatch tidak boleh membuat sebarang pembelian loot box selepas 30 Ogos 2022. Seperti yang diketahui sebelum ini, loot box telah mencipta kontroversi yang sangat teruk sehingga Blizzard dituduh tidak adil. Hal ini kerana, ia mempunyai unsur perjudian dengan memberikan item secara rawak.

Namun, loot box masih tersedia di dalam game tetapi ia hanya boleh didapatkan semasa acara berlangsung.

Kontroversi ini bukan sahaja termaktub kepada Overwatch sahaja, bahkan semua game yang mempunyai sistem loot box juga dituduh sebagai menipu sehingga sesetengah negara mengharamkan loot box di dalam game.

Sebelum ini, Blizzard telah mengumumkan yang Overwatch 2 tidak akan mempunyai loot box dan digantikan dengan in-game shop. Ia akan sentiasa dikemas kini oleh Blizzard sama seperti game-game lain termasuk Apex Legends, Fortnite dan Rocket League.

Untuk pengetahuan korang, Overwatch sedang mengadakan acara Overwatch Anniversary Remix Vol.3. Anda boleh mendapatkan banyak skin melalui acara ini tetapi dalam bentuk loot box. Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan banyak mode untuk korang main. Berikut adalah setiap mode yang disediakan:

  • Relive Past Mission – Arcade (9,16,23 dan 30 Ogos 2022)
    • Uprising (Jalan cerita & semua Hero)
    • Retribution (Jalan cerita & semua Hero
    • Storm Rising (Jalan cerita & semua Hero)
  • Overwatch Archives Challenge Missions – Arcade (10,17 dan 24 Ogos 2022)
    • Molten Cores (Uprising)
    • Glass Cannon (Uprising)
    • Surgical Strike (Retribution)
    • Close Quarters (Retribution)
    • Blood Moon Rising (Storm Rising)
    • Strom Raging (Storm Rising)
  • Summer Game – Arcade (12,19 & 26 Ogos 2022)
    • Lúcioball
    • Lúcioball Remix
  • Halloween Terror – Arcade (12,19 & 26 Ogos 2022)
    • Junkenstein’s Revenge
    • Junkenstein Endless
  • Halloween Terror Challenge Missions – Arcade (13,20 & 27 Ogos 2022)
    • Vengeful Ghost
    • Frenzied Stampede
    • Volatile Zomnics
    • Three They Were
    • Mystery Swap
    • Shocking Surprise
  • Winter Wonderland – Arcade (14, 21 dan 28 Ogos 2022)
    • Freezethaw Elimination
    • Mei’s Snowball Offensive
    • Snowball Deathmatch
    • Yeti Hunter
  • Lunar New Year – Arcade (15, 22 & 29 Ogos 2022)
    • Capture the Flag
    • Capture the Flag Blitz
    • Bounty Hunter

Saya ingin mengingatkan anda bahawa ini adalah peluang terakhir korang untuk membeli loot box daripada Overwatch. Selepas 30 Ogos 2022, mereka tidak lagi menyediakan loot box untuk korang beli. Apapun, harap korang berseronok main acara yang mereka sediakan pada bulan Ogos ini.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: loot boxOverwatchOverwatch Anniversary Remix Vol.3
Previous Post

Figura ‘Guts Berserker Armor’ sebesar 121 cm dijual pada harga RM7.5K!

Next Post

One Piece FILM: RED – Senarai watak penting termasuk Shanks

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
One Piece FILM: RED – Senarai watak penting termasuk Shanks

One Piece FILM: RED - Senarai watak penting termasuk Shanks

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd