Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Abang Long Fadil 3 tiba pada 8 September 2022 dengan membawa gabungan JOZAN!

safwan by safwan
August 3, 2022
in Artikel, Berita, Filem, GSC Cinemas, Movie/siri
0 0
0
Abang Long Fadil 3 tiba pada 8 September 2022 dengan membawa gabungan JOZAN!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas filem kedua Abang Long Fadil ditayangkan pada tahun 2017, akhirnya sekuel terbaru Abang Long Fadil 3 akan tiba di seluruh Malaysia bermula pada 8 September 2022. Dibawakan oleh Astro Shaw, mereka telah mengeluarkan trailer rasmi yang penuh dengan aksi melalui YouTube baru-baru ini.

Dalam trailer terbaru, kita boleh lihat ramai pelakon yang akan kembali daripada filem sebelumnya seperti Zizan Razak sebagai Fadil, Tania Hudson sebagai Yana, AC Mizal sebagai Cobra, Wak Doyok dan ramai lagi. Tidak lupa juga kepada barisan baharu yang mempunyai peranan masing-masing seperti Johan sebagai Chow Han, Elizabeth Tan sebagai Alice, Maya Karin sebagai Ejen Maya, Khir Rahman, Kazar Saisi dan ramai lagi.

Dan adegan pada penghujung trailer adalah yang sangat penting di mana kita boleh lihat Fadil berlawan dengan Chow Han. Bila difikirkan, entah berapa banyak kali mereka mengambil adegan tersebut. Dah lah dua orang itu pelawak yang jarang serius, sudah pasti set penggambaran akan gelak sahaja dengan lakonan mereka.

Filem arahan Syafiq Yusof sebelum ini, telah mengutip sebanyak RM 13 juta selepas 13 hari tayangan di seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura. Untuk filem kali ini, agak-agaknya berapa pula dan dapatkah dia mengatasi filem abangnya iaitu Mat Kilau? Mari kita sama-sama nantikan pada bulan September hadapan.

Selain itu, terdapat juga satu filem yang dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia iaitu Polis EVO 3. Sehingga kini, filem ini masih tidak mempunyai tarikh tayangan dan harapnya keluar di pawagam di seluruh Malaysia selepas Abang Long Fadil 3.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa filem Abang Long Fadil 3 akan mula ditayangkan pada 8 September 2022 di seluruh pawagam Malaysia. Saya dapat rasa yang filem kali ini akan lebih banyak aksi dan komedi daripada barisan pelakon terutama sekali apabila JOZAN kembali.

Apa pendapat korang tentang Abang Long Fadil 3 yang akan ditayangkan bulan depan? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai filem, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Abang Long Fadil 3
Previous Post

Xbox Game Pass Bawa Ghost Recon, Two Point Campus dan 5 Game Baru Untuk Ogos 2022!

Next Post

Diablo Immortal S3 Battle Pass bermula esok bersama event ‘Wrathborne Invasion & Hungering Moon’

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
Diablo Immortal S3 Battle Pass bermula esok bersama event ‘Wrathborne Invasion & Hungering Moon’

Diablo Immortal S3 Battle Pass bermula esok bersama event 'Wrathborne Invasion & Hungering Moon'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd