Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

*Rumors* Sega bikin PC Port untuk Yakuza Kiwami 2!

Suka betul main dengan hati para peminat :))

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 11, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
*Rumors* Sega bikin PC Port untuk Yakuza Kiwami 2!
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah Sega mengusik kita dengan keluaran port PC untuk Yakuza Kiwami 2? Memang syarikat tuh letak satu petunjuk yang menarik di muka depan kedai Steam mereka.

Untuk ringkaskan cerita, petunjuk yang disebut tadi sebenarnya ialah Sega memuat naik gambar eyepatch ikonik milik Goro Majima disertakan dengan logo mereka di muka depan kedai Steam. Goro ialah salah satu daripada playable side character di Yakuza Kiwami 2. Pemain boleh unlock kempennnya “The Truth of Majima” dengan cara menyelesaikan chapter enam daripada main campaign menggunakan Kazuma Kiryu.

Ini bukan klu pertama tentang Yakuza Kiwami 2 di-port ke PC. Pihak ESRB telah memuat naik sebuah rating untuk versi PC game ini pada bulan Mac tetapi ini merupakan kali pertama Sega memberi petunjuk sejelas ini.

Dilancarkan di PlayStation 4 di barat pada Ogos tahun lepas, Yakuza Kiwami 2 ialah remake kepada original Yakuza 2 di PlayStation 2 dan kemudian PlayStation 3 serta Wii U. Game ini meneruskan kisah hidup bekas yakuza Kazuma Kiryu dan pergelutan beliau dengan dunia kongsi gelap Jepun.

Seperti judul lain di dalam siri, Yakuza 2 merupakan game open-world yang lebih bersifat sebenar dan ke arah Jepun. Lokasi fiksyen yang bertempat di Yakuza sebenarnya berdasarkan lokasi di dunia sebenar. Kamurocho berdasarkan daerah Kabukicho, Shinjuku di Tokyo dan Sotenbori berdasarkan daerah Dotonbori di Osaka.

Yakuza Kiwami 2 menambah pelbagai feature baru daripada yang original. Selain daripada kempen Goro Majima, Sega juga menambah feature baru dan mini-games daripada judul baru di dalam siri ini, termasuk versi playable Virtua Fighter 2 dan Virtual-On.

Dengan segala perubahan yang berlaku, Yakuza Kiwami 2 menjadi sebuah PlayStation 4 eksklusif nampaknya tidak terjadi. Original Yakuza 2 pun pada awalnya merupakan PlayStation 2 eksklusif, tetapi akhirnya dibawa kepada pelantar lain. Adakah Yakuza Kiwami 2 akan mengikut jejak langkahnya? Hanya masa dan pengumuman rasmi daripada Sega akan mententeramkan jiwa para peminat.

Sumber – PCGamer

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PC PortsegasteamYakuza Kiwami 2
Previous Post

Pengarah Sekiro, Hidetaka Miyazaki akan muncul dan senyum dekat screen setiap kali korang mati!

Next Post

Xbox akan mendedahkan Pelan E3 2019, Info terbaru ‘Sea of Thieves’ dan pelbagai lagi pada minggu hadapan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
TAL: The Arcane Lands – AAA Open-World RPG Baharu Berlatarkan Korea Kuno!
Berita

TAL: The Arcane Lands – AAA Open-World RPG Baharu Berlatarkan Korea Kuno!

May 8, 2025
Civilization: Eras & Allies Cecah Lebih 700,000 Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran Jun Ini
Mobile

Civilization: Eras & Allies Cecah Lebih 700,000 Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran Jun Ini

May 8, 2025
Next Post
Xbox akan mendedahkan Pelan E3 2019, Info terbaru ‘Sea of Thieves’ dan pelbagai lagi pada minggu hadapan

Xbox akan mendedahkan Pelan E3 2019, Info terbaru 'Sea of Thieves' dan pelbagai lagi pada minggu hadapan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd