Semalam, Muse Malaysia secara rasmi telah mendedahkan bahawa ‘Crayon Shinchan the Movie: The Tornado Legend of Ninja Mononoke akan ditayangkan di Malaysia pada 22 September 2022 manakala fan screening akan diadakan lebih awal pada 17 September.
Crayon Shinchan the Movie: The Tornado Legend of Ninja Mononoke ialah filem ke-30 dalam siri Crayon Shin-chan, yang bermula pada tahun 1992 dan masih berlangsung hingga ke hari ini dengan lebih daripada 1000 episod. Berikut adalah sinopsis untuk filem baru:
Pada suatu hari, seorang wanita bernama Chiyome Hesogakure dengan seorang kanak-kanak bernama Chinzō melawat keluarga Nohara dan mendakwa bahawa dia adalah ibu sebenar Shinnosuke (Shinchan) dan membawanya pergi ke Kampung Ninja.
Di Kampung Ninja itu, keluarga Hesogakure telah melindungi “pusat bumi” dengan menyekatnya dengan penyumbat emas tulen menggunakan “teknik Mononoke” yang telah diturunkan dari generasi ke generasi. Jika penyumbat itu tercabut, bumi akan layu, putaran akan berhenti, dan “esok” dunia akan hilang!
Terpulang kepada Shinnosuke untuk mendedahkan misteri kelahirannya dan melindungi masa depan bumi dan keluarganya.
Bagi mereka yang berminat, jangan lupa untuk tonton ‘Crayon Shinchan the Movie: The Tornado Legend of Ninja Mononoke apabila ia ditayangkan di Malaysia pada 22 September 2022 nanti!

Filem ini diarahkan oleh Masakazu Hashimoto (Appare-Ranman!, Crayon Shin–chan: Honeymoon Hurricane ~The Lost Hiroshi~) dan ditulis oleh Kimiko Ueno (Uchitama?! Have you seen my Tama?, Crayon Shin-chan Gaiden: Kazokuzure Ookami ) dan Hashimoto. Shin-Ei Animation ialah studio yang bertanggungjawab untuk produksi animasi.
Selain itu, pelakon termasuk:
- Yumiko Kobayashi sebagai Shinnosuke Nohara
- Miki Narahashi sebagai Misae Nohara
- Toshiyuki Morikawa sebagai Hiroshi Nohara
- Satomi Koorogi sebagai Himawari Nohara
- Rina Kawaei sebagai Chiyome Hesogakure
- Ayahi Takagaki sebagai Chinzo Hesogakure

Buat mereka yang tidak tahu, Crayon Shin-chan ialah siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Yoshito Usui. Crayon Shin-chan membuat penampilan pertamanya pada tahun 1990 dalam majalah mingguan Jepun yang dipanggil Weekly Manga Action. Adaptasi anime pula mula disiarkan di TV Asahi pada tahun 1992 dan masih diteruskan di beberapa rangkaian televisyen di seluruh dunia dan mempunyai lebih 1000 episod.
Crayon Shin-chan mula diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan 1990-an melalui komik yang diterjemah kepada Bahasa Melayu bernama Dik Cerdas. Ia kemudian muncul di televisyen Malaysia dengan alih suara Bahasa Melayu yang disiarkan oleh NTV7 pada tahun 2002 dan merupakan antara rancangan televisyen yang paling digemari bagi stesen tersebut, sungguhpun terpaksa melalui penapisan yang ketat.
Disebabkan kematian pengarang Yoshito Usui secara tidak sengaja, manga dalam bentuk asalnya tamat pada 11 September 2009. Manga baru bermula pada 2010 oleh ahli pasukan Usui, bertajuk New Crayon Shin-chan.
Untuk segala liputan kami tentang Shin-Chan, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post