Electronics Arts Inc. dan Juventus, salah satu kelab bola sepak Itali terbesar dan paling berjaya di dunia, telah mengumumkan perkongsian baru selama beberapa tahun, yang akan menyaksikan Juventus kembali ke game bola sepak FIFA 23 – bakal dilancarkan pada September 30 untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, PlayStation 4 dan Xbox One.
Kerjasama ini akan menyaksikan EA Sports menjadi ‘rakan kongsi permainan video sukan’ eksklusif untuk Juventus, dengan integrasi tulen yang menampilkan stadium Juventus, Stadium Allianz, bersama-sama dengan logo dan kit kelab. Kedua-dua rakan kongsi juga teruja untuk bekerjasama melalui beberapa inisiatif budaya bagi membawa peluang baharu di luar bola sepak.

Selain kerjasama antara kelab, bekas pemain bola sepak Claudio Marchisio akan sertai game sebagai FUT Hero manakala pemain popular Dušan Vlahović akan berkhidmat sebagai duta untuk EA SPORTS FIFA 23.
Marchisio terkenal kerana datang melalui akademi Juventus sebelum menjadi legenda dan kegemaran peminat di kelab kerana memenangi pelbagai gelaran juara. Ini mengukuhkan status legendanya di mana EA memberi item ‘Hero’ dalam FIFA 23 Ultimate Team (FUT). Secara lebih khusus lagi, FUT Heroes terdiri daripada pemain bola sepak yang hebat, dan setiap individu telah dijadikan sebagai ‘item in-game’ (yang mewakili ‘detik-detik’ mereka menjadi legenda).

Bagi Dušan Vlahović pula, dia membuktikan bahawa dia adalah salah seorang penyerang muda terbaik dalam dunia, dengan rekod jaringan luar biasa sepanjang beberapa tahun yang lalu. Ini adalah kali pertama Vlahović menjadi duta untuk EA Sports selepas terpilih daripada beratus-ratus pemain terkemuka lain.
“Kami berbangga untuk kembali bersama EA SPORTS. Perkongsian dengan EA SPORTS melangkaui konsep perkongsian tradisional; bersama-sama dalam projek untuk melihat masa depan, bercakap dengan generasi baru, menunggang gelombang trend baharu, budaya urban dan gaya hidup.”
“Kami memilih EA SPORTS untuk melangkah lebih jauh kerana ia adalah rakan kongsi yang berkongsi visi dan cita-cita kami. Kami berbesar hati untuk melakukan perjalanan ini dengan jenama yang menonjol kerana keaslian, keunikan dan inovasinya, seperti yang dilakukan oleh Juventus.”
kata Giorgio Ricci, Ketua Pegawai Hasil Juventus.
Pada masa yang sama, peminat dapat melihat penglibatan Juventus dalam ekosistem EA SPORTS FIFA termasuk FIFA 23, FIFA Mobile dan FIFA Online.
Sekali lagi saya ingatkan, FIFA 23 akan tersedia di seluruh dunia melalui PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, PS4 dan Xbox One pada 30 September. Akses awal untuk FIFA 23 Ultimate Edition akan bermula pada 27 September 2022.
@gamersantaimy
Discussion about this post