Seperti yang kita tahu, FIFA 23 adalah game terakhir yang dibangunkan oleh EA di bawah nama FIFA. Selepas ini, mereka akan menggunakan EA Sports FC sebagai nama game dan mengekalkan kandungan sedia ada. Sebelum itu berlaku pada tahun hadapan, EA Sports telah mendedahkan cover rasmi bagi FIFA 23 edisi Ultimate dengan menampilkan Mbappe dan Sam Kerr.
Melalui pendedahan tersebut, kita boleh lihat terdapat 2 orang pemain yang popular iaitu penyerang bagi pasukan Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe dan penyerang bagi pasukan wanita Chelsea, Sam Kerr. Dengan kehadiran Sam Kerr pada cover FIFA 23, ini merupakan kali pertama FIFA menampilkan pemain wanita pada cover francais game ini.

Bukan setakat itu sahaja, dia merupakan pemain bola sepak wanita pertama yang memenangi “Golden Boot” dalam 3 liga yang berbeza di tiga benua yang berbeza. Dia yang berasal daripada Australia telah ditanggungjawabkan untuk mengendali pasukan negaranya sebagai kapten pasukan.

Tambahan pula, ini adalah penampilan ketiga berturut-turut untuk Kylian Mbappe pada cover FIFA sekali gus menandakan sebagai salah seorang pemain bola sepak terkemuka dunia.
Bersama-sama dengan pendedahan tersebut, EA juga mengumumkan yang mereka akan membuat pendedahan secara penuh pada 21 Julai 2022. Dalam pendedahan tersebut, mereka berkemungkinan akan menunjukkan gameplay, platform serta tarikh pengeluaran rasmi bagi FIFA 23. Kita juga mungkin akan lihat Mbappe dan Kerr beraksi bersama pasukan mereka.

Dengan pendedahan cover FIFA 23 edisi Ultimate kali ini, ia merupakan penampilan pertama bagi pemain wanita setelah sekian lama ditunda. Kedua-dua permain ini mewakili pasukan terbaik dunia untuk kategori lelaki dan wanita. EA mesti meneruskan dengan menampilkan pemain wanita pada cover EA Sports FC pada masa akan datang.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa FIFA 23 masih belum mempunyai sebarang pendedahan mengenai gameplay, tarikh rasmi mahupun platform yang boleh memainkan game ini. Mari kita sama-sama nantikan pendedahan FIFA 23 yang akan berlangsung pada 21 Julai 2022.
Jadi, macam mana dengan penampilan Mbappe dan Kerr dalam cover FIFA 23 edisi Ultimate kali ini? Jom kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post