Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Unboxing] POCO Buds Pro Genshin Impact Edition – Berharga RM299!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 14, 2022
in Artikel, Audio, Berita, Teknologi, Unboxing
0 0
0
[Unboxing] POCO Buds Pro Genshin Impact Edition – Berharga RM299!
Share on FacebookShare on Twitter

Genshin Impact adalah salah satu game paling popular buat masa sekarang dan boleh dimainkan di pelbagai platform termasuk telefon pintar. Sempena itu, POCO mengambil peluang bersama game itu untuk menghasilkan produk “wireless earbud” baru! Dinamakan POCO Buds Pro Genshin Impact Edition, kami akhirnya telah berjaya memperoleh earbud ini – jadi berikut adalah unboxing penuh (beserta gambar) untuk produk mewah tersebut.

Seperti yang korang dapat lihat melalui gambar di bawah, cara pembungkusan POCO Buds Pro Genshin Impact pun menawarkan pengalaman visual yang unik. Disorok dalam kotak besar yang berbentuk seperti buku, “kotak” itu dihiasi dengan reka bentuk merah/emas serta ukiran “four-leaf clover”.

Di dalam kotak adalah backpack kulit berwarna coklat yang berfungsi sebagai tempat simpan POCO Buds. Peminat Genshin Impact serta merta kenal beg ini kerana ia dipakai oleh Klee – salah satu watak paling comel dalam game. Dari segi reka bentuk, beg comel ini mempunyai jahitan terperinci, corak “emas” serta dan penutup magnetik. Poco turut menyertakan kabel USB berwarna merah, tiga set silicone ear tip yang boleh diganti dan keychain pendek berwarna emas.

Casing sebenar dihiasi dengan warna merah terang dengan permukaan matte dan unsur keemasan termasuk corak four-leaf clover yang saya sebutkan di atas. Keseluruhan earbud pula berwarna merah bersama corak four-leaf clover berwarna emas dan mempunyai permukaan berkilat. Di bawah, terdapat satu butang “pairing”berhampiran dan penyambung USB-C. Poco Buds juga disertakan dengan ciri ” Qi wireless charging” dan sepatutnya boleh bertahan sehingga 28 jam.

Jadi apa yang membuatkan earbud ini sangat istimewa selain reka bentuk? Eksklusif untuk Poco Buds Genshin Impact Edition sahaja, kita boleh menerima notifikasi suara oleh Klee! Beberapa mesej suara istimewa daripada Klee akan datang setiap kali anda menghidupkan earbud atau menyambung ke peranti lain. Klee juga akan memaklumkan kepada kita apabila bateri hampir habis atau apabila kita ingin menutup earbud.

Bagi sesiapa yang menarik, POCO Buds Pro Genshin Impact Edition kini tersedia pada tanda harga RM 299 di kedai rasmi POCO di Shopee dan Lazada.

Untuk membaca segala unboxing lain oleh Gamer Santai, sila tekan pautan ini.

Tags: Genshin ImpactPOCO Buds Pro Genshin Impact EditionUnboxing
Previous Post

Interview Marvel’s Midnight Suns – Lebih ganas & garang, bukan sekadar game superhero

Next Post

Senarai game Grand Theft Auto yang tersedia di Mobile! Layan GTA mana-mana sahaja!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Senarai game Grand Theft Auto yang tersedia di Mobile! Layan GTA mana-mana sahaja!

Senarai game Grand Theft Auto yang tersedia di Mobile! Layan GTA mana-mana sahaja!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd