Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MAPPA janji tidak akan sensor anime Chainsaw Man, pasti brutal seperti manga

safwan by safwan
July 5, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
MAPPA janji tidak akan sensor anime Chainsaw Man, pasti brutal seperti manga
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas melepaskan trailer pada bulan April yang lalu, ramai peminat yang tertunggu-tunggu dengan perkembangan adaptasi anime Chainsaw Man semasa acara Anime Expo. Namun, MAPPA tidak mendedahkan apa-apa perkembangan tetapi mereka sahkan bahawa Chainsaw Man tidak akan sensor dan menampilkan keganasan sama seperti dalam manga.

https://youtu.be/TcO5kFvz3Ic

Menurut CEO MAPPA, di sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengeluarkan lebih banyak kandungan daripada siri ini. Semasa di acara tersebut, mereka ditanya bagaimana rancangan itu akan mengendalikan kandungan manga yang nampak ganas. Penerbit anime ini menjawab “kami tidak menapis apa-apa. Kami mahu ambil seratus peratus dengan kandungan asal”.

Bagi sesiapa yang tidak mengenali manga Chainsaw Man, ia telah diterbitkan sejak 2018 dan menjadi popular di seluruh dunia. Secara tidak langsung, manga karya Fujimoto telah dicetak lebih 12 juta salinan dalam edaran. Berikut adalah sinopsis rasmi untuk Chainsaw Man:

“Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Denji. Dia merupakan seorang budak miskin yang dipaksa oleh yakuza untuk membunuh iblis bagi melunaskan hutangnya. Namun, setelah misi terakhir, dia dianggap tidak berguna lagi dan dibunuh oleh iblis yang bekerja untuk yakuza.

Tetapi kehidupan Denji bakal berubah ketika dia dihidupkan semula oleh anjing gergaji peliharaannya, Pochita! Diperhatikan oleh pemburu iblis lain yang tiba di tempat kejadian, Denji ditawarkan untuk bekerja di Public Safety Bureau sebagai salah seorang dari mereka. Sekarang dia tinggal di bandar sebagai Devil Hunter rasmi. Walaupun akan menghadapi musuh yang lebih sukar, Denji tidak akan berhenti untuk mencapai impian remajanya!”

Selain itu, manga Chainsaw Man Part 2 akan dikeluarkan pada 13 Julai 2022 dan tersedia di aplikasi Jump+. Malangnya, ia tidak boleh diakses di Malaysia. Tetapi anda jangan risau kerana MangaPlus juga salah satu platform yang mempunyai manga Jump+.

Buat masa sekarang, itu sahaja yang mereka dedahkan dan banyak lagi perkara yang masih belum diumumkan terutamanya adalah tarikh tayangan. Apa pendapat anda berkenaan siri anime Chainsaw Man yang tidak akan sensor dan menampilkan keganasan sama seperti dalam manga? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Chainsaw Man, sila klik pautan ini.

Tags: animeChainsaw ManmangaMAPPA
Previous Post

DNF Duel – Game fighting 2.5D kini dilancarkan untuk PlayStation & PC

Next Post

Monster Hunter Rise: Sunbreak – Cara pantas untuk naik Master Rank!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Monster Hunter Rise: Sunbreak – Cara pantas untuk naik Master Rank!

Monster Hunter Rise: Sunbreak - Cara pantas untuk naik Master Rank!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd