PS5 terkenal dengan skema warna putih hitam yang merupakan warna default tetapi Sony sedang berusaha mengembangkan senarai reka bentuk dengan “console cover” baru yang boleh didapati dalam pelbagai warna. Set pertama iaitu Midnight Black dan Cosmic Red telah dilancarkan pada Januari 2022 dan sekarang, tiba masanya untuk kita melihat warna Nova Pink, Starlight Blue dan Galactic Purple.
Kami berjaya dapatkan PS5 cover bagi warna Nova Pink, Starlight Blue dan Galactic Purple yang berdasarkan tema galaksi. Adakah ia cantik seperti yang diiklankan? Jom kita lihat gambar-gambar di bawah!
Nova Pink
Jika korang benar-benar mahu konsol PS5 menyerlah dalam setup, pilihan pertama saya pasti adalah warna Nova Pink. Sangat cerah dan agresif, ia adalah pilihan yang sesuai untuk pengguna PS5 yang bersikap ‘daring’ dan ingin menonjolkan diri.
Starlight Blue
Starlight Blue juga adalah warna yang cerah tetapi lebih ke arah santai. Apabila melihat warna ini, saya bayangkan sebuah laut eksotik di tepi pantai di mana kita sedang berehat sambil bermain game. Bukan itu sahaja, warna birunya pun bukan jenis gelap atau ‘moody’, sebaliknya memberi efek tenang dan aman.
Galactic Purple
Berbanding semua warna d i atas, saya rasa warna Galactic Purple sahaja yang meneruskan tema galaksi. Ungu pun adalah warna yang jarang digunakan untuk konsol, jadi ia rasa seolah-oleh seperti unik dan eksklusif. Jika anda ingin PS5 yang rupanya estetik, ungu pun boleh jadi pilihan yang bagus.
Bagaimana untuk ubah console cover PS5 anda?
Bagi pemilik PS5, mungkin ada yang berminat untuk menukar rupanya. Nasib baik lah prosesnya mudah – cuma korang kena berhati-hati sahaja kerana takut boleh patah. Jika ada yang risau dan ingin cari cara yang tepat untuk membuka cover PS5, PlayStation telah menyediakan video yang menjelaskan proses langkah demi langkah.
Seperti yang disahkan oleh Sony, warna Galactic Purple, Nova Pink dan Starlight Blue boleh didapati sekarang di kedai dalam talian Sony, kedai fizikal Sony dan pengedar sah PlayStation di Malaysia pada nilai harga RM259.00.
Untuk segala liputan kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post