Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Walau teruk kena kecam, ‘Diablo Immortal’ berjaya meraih $24 juta dalam 2 minggu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 20, 2022
in Artikel, Berita, MMO, Mobile, PC
0 0
0
Walau teruk kena kecam, ‘Diablo Immortal’ berjaya meraih $24 juta dalam 2 minggu
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun terdapat beberapa kontroversi tentang isu mikrotransaksi untuk game ini, Diablo Immortal nampaknya adalah projek yang berjaya bagi Activision Blizzard kerana selepas dua minggu dikeluarkan, game ini berjaya memperoleh kira-kira $24 juta (anggaran RM105,648,000.00) menurut info daripada Appmagic.

Menurut data yang diperoleh dari AppMagic melalui Pocket Gamer – sejak dikeluarkan pada 2 Jun di platform mobile, Diablo Immortal telah dimuat turun hampir 8.5 juta kali di mana pemain telah membelanjakan sebanyak $24 juta untuk melakukan transaksi dalam permainan. Hasilnya transaksi ini dibahagikan hampir sama antara App Store dan Android Apple, dengan jumlah nilai $13 juta dan $11.3 juta untuk kedai masing-masing.

Dipecahkan mengikut negara, Jepun menyumbang 8% daripada jumlah perbelanjaan, Jerman 6%, dan Kanada 3%, dengan AS (44%) dan Korea (22%) sebagai majoriti untuk wang yang dibelanjakan. Negara kita Malaysia pun tersenarai dan merupakan antara negara terkandung dalam jumlah 17% (jumlah ini dikira berdasarkan campuran negara-negara lain).

Walaupun datanya nampak hebat dan menjanjikan, mengapa saya kata game ini teruk kena kecam? Itu disebabkan oleh masalah mikrotransaksi yang terlalu mahal dan tidak adil. Terdapat seorang pemain yang telah menghabiskan duit lebih daripada $110,000 (anggaran RM 483,229.94). Walaupun telah menghabiskan duit sebanyak itu, dia masih tidak dapat menaikkan level watak sepenuhnya.

Disebabkan itu halaman Diablo Immortal di Metacritic telah dibanjiri oleh komen dan ulasan negatif sehingga menyebabkan skor hanya 0.3 (buat masa penulisan).

Persoalan: adakah Blizzard akan mendengar kritikan negatif dan menambah baik game tersebut? Buat masa sekarang, tiada sebarang maklumat yang mengatakan mereka akan menambah baik game tersebut.

Selain itu, Blizzard baru-baru ini mengumumkan bahawa Overwatch 2 akan menghapuskan mekanik loot box, dan sebaliknya mengesahkan bahawa game itu akan mempunyai in-game shop yang membolehkan pemain membeli item tanpa unsur perjudian.

Apa pendapat korang? Kenapa Blizzard masih keliru tentang aspek mikrotransaksi Diablo Immortal sedangkan ia berjaya dari segi keuntungan? Jom bincangkan di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Diablo Immortal, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Diablo Immortal
Publisher: Blizzard Entertainment
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date TBC
Android, iOS
Diablo Immortal adalah permainan ARPG hack dan slash dalam siri Diablo yang direka untuk online multiplayer pada peranti mudah alih. Dikembangkan oleh Blizzard dan NetEase, permainan ini diumumkan pada akhir 2018 dan akan dilancarkan di Android dan iOS.  
Tags: Blizzarddiablo immortalMobilePC
Previous Post

MLBB: Kejohanan Dunia M4 akan berlangsung pada Januari 2023

Next Post

Gunpla: Perbezaan setiap grade & mana yang sesuai untuk awak

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Gunpla: Perbezaan setiap grade & mana yang sesuai untuk awak

Gunpla: Perbezaan setiap grade & mana yang sesuai untuk awak

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd