Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Penyelidik keselamatan mengaku bersalah kerana menggodam Microsoft dan Nintendo

Dua syarikat gergasi kena hack!

Wakambing by Wakambing
March 29, 2019
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Xbox One
0 0
0
Penyelidik keselamatan mengaku bersalah kerana menggodam Microsoft dan Nintendo
Share on FacebookShare on Twitter

Penyelidik keselamatan berusia 24 tahun, Zammis Clark juga dikenali dengan nama samarannya dalam talian iaitu Slipstream dan Raylee, telah mengaku bersalah di Mahkamah London kerana menggodam Nintendo dan rangkaian Microsoft. Bekas pekerja Malwarebytes itu juga pernah terlibat dalam pelanggaran data Vtech (syarikat pengeluaran permainan elektronik untuk kanak-kanak) pada tahun 2015, di mana dia telah mengakses butiran berjuta-juta pengguna Vtech, termasuklah akaun kanak-kanak. Nama, tarikh lahir, imej profile dan alamat semuanya dicuri. Vtech akhirnya didenda $650,000 kerana melanggar privasi kanak-kanak.

Security researcher pleads guilty to hacking into Microsoft and Nintendo https://t.co/VUngxJFGtp pic.twitter.com/ZZyIqD2jEM

— The Verge (@verge) March 28, 2019

Menurut The Verge, pendakwa mendedahkan yang Clark mula mendapat akses untuk server Microsoft pada Januari 2017 dan telah pun ditangkap pada bulan Jun tahun yang sama selepas memuat naik malware ke rangkaian syarikat tersebut. Sebanyak 43,000 fail telah dicuri. Server Microsoft itu mengandungi salinan rahsia versi pra-keluaran Windows, dan hanya digunakan untuk mengedarkan kod beta awal kepada developers yang bekerja di Windows. Clark kemudiannya berkongsi akses itu kepada server Microsoft melalui Internet Relay Chat (IRC), yang membolehkan individu lain mengakses dan mencuri maklumat sulit.

Walaubagaimanapun, Clark dibebaskan tanpa sebarang sekatan ke atas penggunaan komputer dan dia mengambil peluang lagi sekali dengan menggodam rangkaian dalaman Nintendo pada bulan Mac 2018. Dia menggunakan Virtual Private Networks (VPNs) dan beberapa software lain yang berkaitan untuk mendapatkan akses server bagi pembangunan game di Nintendo, yang mengandungi kod pembangunan untuk games yang belum dikeluarkan lagi. Dalam tempoh ini, Clark telah memperolehi 2,365 nama pengguna dan kata laluan sehinggalah Nintendo membuat semakan pada bulan Mei yang mereka telah digodam.

Anggaran kos ganti rugi untuk Nintendo adalah antara RM3.7 juta dan RM7.4 juta dan ganti rugi untuk Microsoft pula berada di sekitar RM8.1 juta. Clark telah dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan, dan digantung selama 18 bulan. Perintah Pencegahan Jenayah Serius juga telah diberikan selama lima tahun, yang boleh membawa denda tanpa had sehingga lima tahun penjara jika ianya dilanggar. Tom Burt, naib-presiden untuk keselamatan pelanggan berkata yang mereka mempunyai langkah-langkah yang komprehensif untuk menghalang, mengesan dan bertindak balas terhadap sebarang serangan sekiranya ia akan berlaku sekali lagi. Nampaknya, tiada syarikat yang kebal dari jenayah siber!

Sumber: The Verge

Tags: hackMicrosoftnintendoservervpnWindows
Previous Post

Borderlands: Game of the Year Edition dikeluarkan pada bulan depan untuk PS4, Xbox One, dan PC!

Next Post

*RUMORS* George R.R. Martin tengah dalam pemibikinan video game bersama developers dari game siri Dark Souls!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
*RUMORS* George R.R. Martin tengah dalam pemibikinan video game bersama developers dari game siri Dark Souls!

*RUMORS* George R.R. Martin tengah dalam pemibikinan video game bersama developers dari game siri Dark Souls!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd