Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Siapakah yang akan menjadi Emperor of the Sea yang baru? *SPOILER*

Maira by Maira
June 10, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece: Siapakah yang akan menjadi Emperor of the Sea yang baru? *SPOILER*
Share on FacebookShare on Twitter

Siri manga One Piece baru sahaja menamatkan pertarungan hebat antara Luffy dan Kaido, salah seorang Yonko atau Emperor of the Sea, yang telah memerintah Wano secara kejam selama 20 tahun. Dengan tumpasnya Kaido dalam bab 1049 di tangan Luffy, Wano akhirnya bebas dan memulakan era baru di bawah pemerintahan Shogun baru, Kozuki Momonosuke.

Livestream baru-baru ini juga mengumumkan bahawa siri popular ini juga akan masuk ke saga terakhir, bermakna penamat One Piece semakin menghampiri peminat. Bukan itu sahaja, terdapat juga khabar angin bahawa Emperor of the Sea yang baru telah pun diumumkan dalam bab terbaru.

Amaran! Mempunyai spoiler manga One Piece!

Dalam dunia One Piece, Emperor of The Sea dianggap sebagai lanun terkuat yang memerintah New World seperti raja. Peminat telah diperkenalkan dengan Yonko, individu yang dipanggil sebagai Emperor sebelum ini iaitu Shanks, Kaido, Big Mom, Whitebeard dan Blackbeard. Masing-masing mempunyai bounty yang tinggi terhadap diri mereka malah digeruni oleh Marines.

Terdapat tiga calon yang rata-rata menjadi bualan dalam komuniti iaitu Luffy, Law dan Kid. Ramai yang berpendapat bahawa Luffy akan menjadi Emperor terbaru memandangkan dia telah mengalahkan Kaido. Ia sememangnya teori yang bagus, tetapi berkemungkinan juga ia tidak akan berlaku. Rahsia sebenar disebalik buah Gomu Gomu no Mi masih lagi disorokkan daripada orang ramai. Kalau Luffy diangkat sebagai Emperor, berkemungkinan besar rahsia yang dijaga ketat oleh World Government akan terbongkar.

Jika kita abaikan Luffy daripada senarai, Law dan Kid juga mempunyai peluang yang tinggi untuk memenuhi ruang kosong yang ditinggalkan oleh Big Mom dan Kaido. Tetapi ada satu lagi calon menarik yang mungkin layak untuk menjadi Emperor baru iaitu Buggy. Memandangkan dia pernah menjadi Warlord dan mempunyai krewnya tersendiri. Bukan setakat itu sahaja, dia juga satu-satunya warlord yang berjaya melarikan diri daripada World Government dan Marines. Menarik juga kalau kita boleh melihatnya dengan Shanks sebagai Emperor of the Sea bersama-sama.

Apa pula pendapat anda mengenai perkara ini? Anda rasa siapakah yang akan menjadi Emperor of the Sea baru dalam One Piece? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai One Piece, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Emperor of The Seamangaone pieceSpoiler
Previous Post

DLC Soul Hackers 2 akan dilancarkan pada 26 Ogos 2022! Pre-order sekarang!

Next Post

[Review] ROG Flow Z13 – Tablet boleh, laptop boleh, spec bukan main canggih lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Review] ROG Flow Z13 – Tablet boleh, laptop boleh, spec bukan main canggih lagi!

[Review] ROG Flow Z13 - Tablet boleh, laptop boleh, spec bukan main canggih lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd