Sebelum ini SEGA telah mengumumkan game RPG baru bernama Soul Hackers 2 untuk PlayStation 5, Xbox Series X/S, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam. Ia akan dilancarkan pada 25 Ogos di Jepun dan 26 Ogos di seluruh dunia. Baru-baru ini, mereka memperkenalkan DLC pertama yang akan dilancarkan bersama-sama game tersebut. Game dan DLC kini tersedia untuk pre-order sekarang!
Tentang DLC Soul Hackers 2
Macam biasa nama pun DLC, sudah pasti ianya akan menambah beberapa pembaharuan dan khas kepada yang membelinya sahaja. DLC ini mempunyai penambahan kostum watak dan lagu BGM daripada Soul Hacker original dan game dari Atlus yang lain.
Selain itu, DLC ini memberikan fusion baharu kepada demon yang kuat seperti Mara dan Masakado. Wang dalam game dan item EXP serta cerita tambahan, “Lost Number” yang menampilkan watak baharu juga akan tersedia.
Untuk versi digital bagi PlayStation 4 dan PlayStation 5, terdapat dua varian iaitu Soul Hackers 2 biasa manakala satu lagi adalah Soul Hackers 2 Edisi ulang tahun ke-25. Dalam edisi ulang tahun ke-25, terdapat album lagu, buku, kostum istimewa Mary Maid set, bonus demon: Ai-ho dan sudah pasti base game Soul Hackers 2.
Bagi versi PC di Steam, terdapat 2 varian DLC yang boleh didapatkan. Varian yang pertama adalah Edisi Deluxe yang menyediakan wang dalam game, Incense dan pek EXP serta cerita tambahan iaitu “Lost Number”. Dalam Edisi Premium pula, sama sahaja dengan Edisi Deluxe cuma ada sedikit penambahan iaitu kostum, pek BGM, pek bonus demon, kostum istimewa Mary Maid set dan demon bonus: Ai-ho.
Korang jangan risau, kedua-dua varian turut mempunyai base game Soul Hackers 2. Jadi lengkaplah koleksi DLC itu. Korang yang pre-order sebelum dilancarkan, terdapat satu bonus khas iaitu Persona 5 Alternative Set 2 yang boleh didapatkan.
Bagi sesiapa yang tidak tahu tentang Soul Hackers 2, berikut adalah sinopsis untuk jalan cerita:
Berlatarkan masa depan di abad ke-21, para “Devil Summoner” hidup di kalangan masyarakat dan menggunakan kuasa supernatural dari “demon”. “Aion,” sejenis makhluk yang mengawasi dunia, mengesan kehancuran dunia pada masa akan datang.
Untuk mengelakkan kehancuran bumi, Ringo dan Figue turun ke dunia manusia untuk melindungi dua orang yang boleh mengelak bencana ini, tetapi kedua-duanya dibunuh. Ringo menggunakan abiliti khas bergelar “Soul Hack” untuk menghidupkan semula dua orang ini. Bersama bantuan Devil Summoner lain, Ringo dan Figue harus membongkarkan misteri supaya masa depan dunia boleh diselamatkan.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Soul Hackers 2 akan dilancarkan pada 26 Ogos di Malaysia bersama DLC-nya. Malangnya, mereka tidak mengumumkan sebarang maklumat tentang pre-order di Xbox One dan Xbox Series X|S. Buat masa sekarang, itu sahaja maklumat yang ada. Jadi, nantikan pengumuman seterusnya untuk Soul Hackers 2 ini. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai Soul Hackers, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post