Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact: Build yang anda boleh gunakan untuk Yelan!

Maira by Maira
May 31, 2022
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Game, Konsol, Mobile, Panduan, PC, PS4, PS5
0 0
0
Genshin Impact: Build yang anda boleh gunakan untuk Yelan!
Share on FacebookShare on Twitter

Genshin Impact 2.7 sudah tiba, jadi mestilah kita mahu bercerita mengenai watak 5 bintang terbaru, Yelan. Kami tahu mesti ramai juga yang akan gacha untuk banner dia. Video demo untuk Yelan juga sudahpun dilepaskan di Youtube Genshin Impact. Tetapi mari kita lihat lebih dalam untuk jadikan Yelan anda sekuat yang mungkin. Tanpa membuang masa jom, kami perkenalkan dahulu secara ringkas mengenai Yelan.

Kalau anda ingin tahu, Yelan merupakan watak 5 bintang Hydro yang menggunakan busur sebagai senjata utama. Dia merupakan seseorang yang misteri dan boleh mengetahui segala benda yang berlaku di bandar Liyue. Kalau anda ingin tahu, dia merupakan watak sub-DPS yang hebat, jadi jangan teragak-agak untuk cuba mendapatkannya.

Berikut adalah kebolehan yang dimiliki Yelan:

  • Serangan biasa
  • Lingering Lifeline (Elemental Skill)
    • Yelan akan bergerak dengan laju dan melepasi musuh. Setiap musuh yang menjadi sasaran, lifeline akan meletup dan memberikan damage apabila meletup. Jadi, Yelan boleh memberikan damage kepada banyak musuh dalam satu masa. Skill ini juga berguna untuk mengelak daripada serangan dengan pantas.
  • Depth-Clarion Dice (Elemental Burst)
    • Apabila dihidupkan, Yelan ekan memberikan damage AoE yang tinggi kepada musuh berhampiran dan mempunyai “Exquisite Throw” untuk membantunya menyerang. Ia akan mengikut watak aktif. Jika anda menggunakan serangan biasa atau Lifeline meletup dan terkena musuh, Exquisite Throw ini boleh memberikan damage Hydro berpandukan Max HP Yelan.
  • Skill pasif
    • Max HP Yelan boleh dinaikkan mengikut jumlah elemental yang ada dalam party anda. Ia boleh dinaikkan dengan kadar 6%/12%/18%/30%.
    • Jika anda menghantarnya Expedition di Liyue, terdapat bonus ganjaran sebanyak 20%.

Kalau anda masih keliru mengenai skill Yelan, anda boleh merujuk video Youtube di bawah.

Senjata yang sesuai digunakan oleh Yelan:

Akan datang bersama-sama banner Yelan ialah banner senjata, Aqua Simulacra. Ia merupakan busur yang sangat sesuai untuk digunakan oleh Yelan. Memandangkan damage Yelan bergantung pada Max HP-nya, Aqua Simulacra memberikan peningkatan HP sebanyak 16%. Jika terdapat musuh berhampiran, damage yang diberikan oleh pengguna akan bertambah sebanyak 20%. Efek ini masih tersedia, tidak kiralah watak berada dalam field ataupun tidak. Jika anda tidak mempunyai busur ini, anda boleh memakai busur alternatif di bawah:

  • Fading Twilight (senjata acara)
  • Hamayumi
  • Alley Hunter

Artifact

Untuk Yelan, anda boleh gunakan artifact yang mementingkan HP dan damage Hydro. Jadi saya cadangkan untuk anda menggunakan artifact berikut:

  • 2 – piece Heart of Depth: Untuk meningkatkan damage Hydro sebanyak 15%. Anda boleh dapatkannya di Dragonspine.
  • 2 – piece Tenacity of the Millelith: Meningkatkan HP sebanyak 20%. Boleh dapatkannya di Ridge Watch.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan buat masa ini. Jika anda sukakannya, kami akan buat untuk Shinobu pula! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Genshin Impact daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin ImpactYelan
Previous Post

Pemain kalahkan bos Elden Ring dengan hanya satu pukulan – inilah build One Punch Man

Next Post

[Review] Roller Champions – Game sukan 3v3 ala-ala Alita: Battle Angel

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Review] Roller Champions – Game sukan 3v3 ala-ala Alita: Battle Angel

[Review] Roller Champions - Game sukan 3v3 ala-ala Alita: Battle Angel

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd