Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kenali beberapa kuasa paling pelik yang wujud dalam anime! (Part 2)

Maira by Maira
May 27, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Kenali beberapa kuasa paling pelik yang wujud dalam anime! (Part 2)
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam anime memang wujud pelbagai kebolehan atau kuasa yang hebat tetapi ada juga yang pelik. Kami telah perkenalkan beberapa kuasa pelik dalam anime dan kini kami kembali dengan kuasa yang lain pula. Anda boleh membaca part 1 melalui pautan ini. Tanpa membuang masa, jom lihat kuasa anime pelik lain yang wujud dalam dunia anime!

Tukar seseorang menjadi peminat cermin mata

Kuasa pelik ini anda boleh jumpai di anime The Law of Ueki. Penggunanya ialah Mori Ai tetapi dia sendiri tidak tahu untuk aktifkan kuasa tersebut. Tetapi jika musuhnya terbuat pose comel, serta merta kuasa tersebut diaktifkan. Lalu, menukar mereka menjadi peminat cermin mata. Tidak pasal-pasal dipandang pelik oleh ramai. Kuasa ini juga macam tidak berguna langsung untuk pertarungan serius.

Air liur penawar

Selalunya kalau libatkan penawar, kita gunakan sihir ataupun ubat, tetapi tidak untuk Nelliel daripada anime Bleach. Dia boleh menggunakan air liurnya untuk menyembuhkan orang lain. Ianya memang berguna tetapi geli juga kalau gunakan air liur. Kalau sudah terdesak memang terpaksa terima sahajalah.

Tangisan air mata sihir

Air mata selalu dikaitkan dengan orang yang lemah tetapi dalam Fairy Tail terdapat satu watak yang menjadi kuat apabila menangis. Warcry boleh meningkatkan kekuatannya dengan kebolehan tersebut. Disebabkan dia tidak pernah menyerang orang dengan teknik itu, tiada siapa tahu kekuatan sebenarnya.

Imun terhadap bom berbentuk lemon

Kalau bom meletup, sudah pasti ia meninggalkan kerosakan yang banyak dan boleh meragut nyawa orang disekelilingnya. Tetapi satu watak daripada Bungou Stray Dogs, Motojiro Kajii boleh terselamat daripada letupan bom sekiranya ia berbentuk lemon. Kenapa lemon? Saya pun tidak tahu. Jika bom tersebut berbentuk kiub, piramid atau apa sahaja yang bukan lemon, memang tidak selamat juga Motojiro ini.

Lengan salotape

Mula-mula tengok Hanta Sero muncul, pelik juga dengan kuasa salotape-nya. Tetapi agak hebat juga sebab boleh digunakan untuk membuat perangkap, ikat penjenayah ataupun bergayut macam Spider Man. Sudah tentu kuasa ini datang dengan kelemahannya tersendiri. Jika kulit Hanta menjadi kering, alamatnya tiadalah salotape yang boleh dihasilkan.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kali ini. Kalau ada kesempatan, kami akan buat part 3 untuk topik ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: bleachBungou Stray DogsFairy TailMy Hero AcademiaThe Law of Ueki
Previous Post

Dragon Quest Builders boleh didapati sekarang di iOS & Android pada harga RM89.90

Next Post

Pemain kini boleh meneroka bersama kawan tanpa had, berkat mod co-op Elden Ring baru

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Pemain kini boleh meneroka bersama kawan tanpa had, berkat mod co-op Elden Ring baru

Pemain kini boleh meneroka bersama kawan tanpa had, berkat mod co-op Elden Ring baru

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd