DRAGON BALL XENOVERSE 2 – LITE adalah versi percuma untuk game Dragon Ball tersebut yang pemain sekarang boleh download di PS4 dan Xbox One. Dalam game DRAGON BALL XENOVERSE 2 – LITE adalah game yang full yang jenis ringan, pemain juga memilih beberapa Story Missions dan mod Online untuk pemain yang boleh mencuba mod tersebut.
Dalam DRAGON BALL XENOVERSE 2 – LITE mempunyai 5 mission iaitu ‘Raditz’s Attack’, ‘The Saiyan Threat’, ‘Ruckus on Planet Namek’, ‘The Ginyu Force Strikes’ dan ‘The Galactic Emperor’ yang pemain boleh pilih mana mereka mahu mencuba. Kemudiannya ada Online Battles dan Online Quests, pemain boleh lawan dengan sesiapa dalam Online, anda juga boleh lawan dengan orang yang mempunyai Full Version juga!
Pemain juga ada Mod Hero Colosseum yang ada pelbagai kandungan dan game ini juga mempunyai Photo Mode, pemain boleh menggambil gambar dan boleh ubah gambar tersebut dengan bentuk lain kemudian pemain boleh simpan data terus jika pemain beli game DRAGON BALL XENOVERSE 2 – LITE.
Juga, game penuh DRAGON BALL XENOVERSE 2 di platform Playstation 4 telah berpindah ke server baru pada 20 Mac 2019! Ini akan memberikan ruang yang lebih luas dalam server tersebut untuk pemain yang banyak, bukan itu sahaja, pemain juga perlu simpan data mereka apabila membuka di server baru sebagai langkah berjaga-jaga, untuk maklumat lebih lanjut, boleh klik pautan di sini. dan bagi sesiapa nak game DRAGON BALL XENOVERSE 2 – LITE boleh dapatkan untuk platform Playstation 4 dan Xbox One.
@gamersantaimy
Discussion about this post