Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Epic Games ambil data pemain secara rahsia di Steam, pihak Valve tak puas hati!

Sukahati je Epic Games ni

Wakambing by Wakambing
March 18, 2019
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
Epic Games ambil data pemain secara rahsia di Steam, pihak Valve tak puas hati!
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas Epic Games dituduh mengambil data dari Steam pemain secara rahsia apabila pemain membuka launcher game. Mereka kemudiannya memberi respons terhadap dakwaan itu dengan mengatakan maklumat yang dikumpul itu sebenarnya digunakan untuk tujuan yang baik seperti program Support-a-Creator, berkomunikasi dengan editor Unreal dan juga mengimport rakan-rakan Steam pemain jika pemain memilih untuk berbuat demikian.

Epic Games Launcher collects your steam friends & play history https://t.co/j4DAOT57pZ pic.twitter.com/y3qiGZoYLw

— ResetEra NT (@ResetEraNT) March 14, 2019

Menurut naib presiden kejuruteraan Epic Games, Daniel Vogel, mengesahkan yang pihak mereka ada menggunakan tracking pixel, tapi ianya hanyalah untuk program Support-a-Creator supaya mereka boleh membayar creators mereka. Tambahnya lagi, launcher tersebut akan menghantar hardware survey pada waktu yang tetap selang beberapa minit, dan ini telah digariskan dalam panduan syarikat mereka.

Epic Game Store, Spyware, Tracking, and You!
byu/notte_m_portent inPhoenixPoint

Dalam satu Reddit post yang amatlah panjang, pengguna itu menyatakan Epic punya launcher menghitung running process dan juga cuba untuk mengakses DLLs serta root certificate tanpa meminta kebenaran dari pengguna. Pengguna reddit itu juga mendakwa yang data mereka telah dialihkan ke Epic tanpa sebab, dan ia menyimpan maklumat hardware mereka. CEO Epic, Tim Sweeney mengatakan proses ini sebenarnya adalah kerja terburu-buru yang direka pada “permulaan Fortnite”, dan ia akan dibaiki. Dia berkata lagi yang Epic Store tak menggunakan API (Application programming interface) Steam disebabkan Epic punya kebimbangan terhadap privasi pengguna.

Menurut Bleeping Computer, pengarah Valve, Doug Lombardi mengatakan yang syarikatnya sedang melihat apa jenis maklumat yang Epic launcher kutip di Steam. Nampaknya, pihak Valve tak berpuas hati dengan segala isu yang melibatkan Epic Games mengambil data pemain. Dough memberitahu Bleeping:

“Steam Client akan menyimpan data seperti senarai permainan yang pemain ada, rakan-rakan pemain dan juga tokens yang telah disimpan untuk login.” “Ini adalah data privasi pengguna, yang disimpan di home masing-masing dan tidak pernah bermaksud untuk digunakan oleh program lain mahupun dimuat naik dari sumber pihak ketiga.”

Dalam maksud lain, Valve menyatakan yang Epic Store tak sepatutnya menyentuh localconfig.vdf sama sekali. Valve berkemungkinan akan encrypt user data local untuk mengelakkan Epic dari dan software lain meniru pada masa akan datang. Buat masa ini, pihak Valve masih belum memberikan sebarang maklumat rasmi tentang tindakan apa yang mereka lakukan, tapi yang pasti Epic Games memang setiap hari akan ada sahaja drama dia tersendiri! Minggu lepas, saman pasal emote menari dibatalkan!

Sumber: PC Gamer

Tags: Epic GameslaunchersteamValve
Previous Post

Pemain Apex Legends kini akan terima permanent hardware ban!

Next Post

Doraemon: Story of Seasons akan dapat English localization? Betul ke ni?

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Doraemon: Story of Seasons akan dapat English localization? Betul ke ni?

Doraemon: Story of Seasons akan dapat English localization? Betul ke ni?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd