Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PS5 akan menambah ciri “VRR – Variable Refresh Rate” pada minggu ini

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 26, 2022
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
PS5 akan menambah ciri “VRR – Variable Refresh Rate” pada minggu ini
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang diumumkan sebelum ini, PS5 akan mula menyokong ciri “Variable Refresh Rate” (VRR) dalam update akan datang. Pada mulanya, Sony tidak mendedahkan “bila secara tepat ciri ini akan keluar”, tetapi tarikh kini sudah ditetapkan pada minggu ini.

Variable Refresh Rate support starts rolling out globally to PS5 players this week. Full details: https://t.co/8e4kbCH7Td pic.twitter.com/pIHiq7HEuO

— PlayStation (@PlayStation) April 25, 2022

Update untuk sistem PS5 dan beberapa game yang menyokong ciri ini akan mula dilancarkan secara global dalam beberapa hari akan datang. Hasil yang korang dapat mungkin berbeza berdasarkan TV dan mode visual “in-game” yang digunakan, tetapi secara amnya, VRR akan sync (melaraskan) refresh rate pada sistem ke paparan dan akan menawarkan input lag lebih renda serta grafik lebih lancar.

“Hari ini, kami teruja untuk mengumumkan bahawa sokongan Variable Refresh Rate (VRR) akan mula dilancarkan secara global kepada pemain PS5 minggu ini,”

kata Hideaki Nishino dari Naib Presiden Kanan PlayStation, Pengalaman Platform, sebagai sebahagian daripada pengumuman.

“Pada TV dan monitor PC yang serasi dengan HDMI 2.1 VRR, VRR akan menyelaraskan refresh rate pada paparan secara dinamik ke output grafik konsol PS5. Ini meningkatkan prestasi visual untuk game PS5 dengan meminimumkan atau menghapuskan artifak visual, seperti isu frame pacing dan screen tearing. Gameplay dalam kebanyakan tajuk PS5 terasa lebih lancar apabila adegan dipaparkan dengan lancar, grafik kelihatan lebih jelas dan lag input dikurangkan.

Game PS5 yang dikeluarkan sebelum ini boleh dioptimumkan sepenuhnya untuk VRR melalui patch dan game akan datang mungkin termasuk sokongan VRR semasa pelancaran.”

Menurut pengumuman, versi PS5 bagi game di bawah akan menerima patch (update) dalam beberapa minggu akan datang untuk membolehkan sokongan VRR:

  • Astro’s Playroom
  • Call of Duty: Vanguard
  • Call of Duty: Black Ops Cold War
  • Destiny 2
  • Devil May Cry 5 Special Edition
  • DIRT 5
  • Godfall
  • Marvel’s Spider-Man Remastered
  • Marvel’s Spider-Man: Miles Morales
  • Ratchet & Clank: Rift Apart
  • Resident Evil Village
  • Tiny Tina’s Wonderlands
  • Tom Clancy’s Rainbow Six Siege
  • Tribes of Midgard

Adakah korang tidak sabar untuk cuba update VRR PS5? Apa lagi ciri yang korang ingin lihat di PS5 pada masa hadapan? Jom kongsi pendapat bersama saya di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang PlayStation 5, sila tekan SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ps5UpdateVRR
Previous Post

Diablo Immortal akan dilancarkan pada 2 Jun di iOS, Android dan PC

Next Post

Akses awal game AR, Peridot tersedia di Malaysia sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Akses awal game AR, Peridot tersedia di Malaysia sekarang!

Akses awal game AR, Peridot tersedia di Malaysia sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd