Valorant telah mengumumkan agen terbaru, Fade pada 19 April seiring dengan kejohanan VCT Master: Reykjavik namun sebarang gameplay tidak didedahkan pada waktu itu. Sebelum perlawanan akhir kejohanan ini berlangsung, mereka telah mendedahkan trailer untuk agen terbaru iaitu Fade pada hari ini.
Profil dan kebolehan
Nama: Fade
Role: Initiator
Biodata: Seorang pemburu daripada Turki yang mempunyai kuasa mimpi ngeri untuk merampas rahsia musuh. Selaras dengan ketakutannya, dia memburu musuh dengan mendedahkan ketakutan mereka yang paling ditakuti sebelum dihancurkan dalam kegelapan.
Kebolehan 1: Prowler (250 kredit, 2 cas)

Gunakan kebolehan ini dan menghantar prowler keluar dengan menggunakan butang tembak (left click). Prowler juga boleh dikawal apabila butang tembak ditekan lama sama seperti burung Skye. Kebolehan ini boleh mengejar musuh yang dilihat dan apabila terkena pada musuh, ia akan menyebabkan rabun dekat.
Kebolehan 2: Seize (200 kredit)

Kebolehan ini merupakan sebiji bola yang dipenuhi dengan ketakutan dan boleh dibaling. Bola ini boleh melantun dari dinding dan akan aktif selepas beberapa tempoh masa tertentu atau korang boleh menggunakannya tanpa menunggu tempoh masa untuk aktifkan kebolehan tersebut. Musuh yang berdekatan tidak boleh bergerak dan menjadi pekak serta kehilangan nyawa buat sementara waktu.
Kebolehan 3: Haunt (cooldown 40 saat)

Apabila korang pakai kebolehan ini, korang akan memegang Haunting Watcher dan ianya boleh dibaling. Sama seperti Seize (kebolehan 2), korang boleh lantunkkan ke dinding dan akan aktif selepas beberapa tempoh masa tertentu atau korang boleh menggunakannya tanpa menunggu tempoh masa untuk aktifkan kebolehan tersebut. Apabila kebolehan ini jatuh ke tanah, ia akan mendedahkan lokasi musuh dan menghasilkan Terror Trails kepada mereka. Musuh boleh musnahkan Haunting Watcher dengan menembak.
Ultimate: Nightfall (7 skor untuk cas)

Dilengkapi dengan kuasa mimpi ngeri itu sendiri, gunakan butang tembak untuk menghantar gelombang tenaga mimpi ngeri yang tidak dapat dihalang. Ianya hampir sama seperti Ultimate Breach tetapi perkara yang dilakukan kepada musuh sangat berbeza. Musuh yang terkena pada Ultimate ini akan terperangkap dalam letupan dengan menghasilkan Terror Trails. pekak dan kehilangan nyawa.
Pendapat saya

Fade adalah agen tambahan baru untuk Initiator yang menjadikan role tersebut mempunyai 5 agen. Semua kebolehan Fade mempunyai keupayaan untuk mencari musuh. Walaupun Prowler tidak memberikan line of sight tetapi jika Prowler berada di luar kawalan korang, Prowler akan mencari musuh yang terdekat dan memberi tahu lokasi musuh serta menyebabkan musuh rabun.
Walaupun kebolehan Fade banyak tertumpu pada peninjauan maklumat, saya berasa seperti Seize-nya akan menjadi kebolehan yang sangat bagus kerana ia membolehkan musuh pekak, hilang nyawa dan tidak boleh bergerak.
Untuk Haunt-nya, musuh boleh menembaknya dengan mudah, tetapi ini bermakna lokasi musuh akan didedahkan untuk tempoh yang singkat, dan korang boleh gunakan Prowler untuk mencari anda. Namun, ia tidaklah seburuk yang disangka dan boleh ditangani dengan mudah.

Ultimate yang dimiliki Fade mempunyai saiz AOE yang lebih besar daripada ultimate Breach. Ia boleh merangkumi keseluruhan satu tapak dan bagi saya ianya terlalu OP. Bergantung pada peta dan tapak bom yang korang pertahankan seperti Tapak A Icebox, memang tiada siapa yang boleh lepas daripadanya. Lagi pula di Haven tapak B, saya hanya mampu ucapkan takziah sahaja.
Daripada kebolehannya yang sekarang, saya nampak yang Fade merupakan Initiator yang kuat dan mungkin membawa meta bahatu kepada game. Sejak game ini dilancarkan, Sova adalah salah satu pilihan utama kerana dia boleh mencari dan mendapatkan info dengan mudah. Dengan kedatangan Fade, pemain mempunyai banyak pilihan untuk dimainkan. Berani saya katakan, apabila tiba masanya untuk memasuki tapak bom atau mengambil semula tapak, Fade jauh lebih berguna berbanding dengan Sova.
Jadi, apa pendapat korang tentang agen baru Valorant, Fade? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Valorant, sila klik puatan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post