Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

10 siri ISEKAI yang terbaik buat masa ini – menurut peminat Jepun!

Maira by Maira
April 11, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
10 siri ISEKAI yang terbaik buat masa ini – menurut peminat Jepun!
Share on FacebookShare on Twitter

Genre isekai sememangnya satu genre yang sangat popular kini, lebih-lebih lagi dengan adaptasi anime dalam genre ini. Tahukah anda, genre ini sudah lama popular. Tetapi ciri moden yang terdapat pada penceritaan menjadi salah satu sebab mengapa ramai yang suka menontonnya berbanding siri isekai yang lama. Dalam satu poll yang dilakukan di laman web Jepun, Goo Ranking, nampaknya siri isekai lama masih lagi menempah tempat teratas dalam kalangan peminat. Jadi, tanpa membuang masa, jom kita lihat 10 siri isekai terbaik antara yang terbaik!

Magic God Hero Legend Wataru

Wataru Ikusabe yang berumur 9 tahun telah dihantar secara ahaib ke alam ajaib yang dipanggil Soukaizan, di mana dia perlu selamatkan tempat itu. Dalam usahanya untuk menyelamatkannya, Wataru berjaya mengubah arca menjadi sebuah Robot Super kecil.

Aura Battler Dunbine

Shou Zama ialah seorang remaja biasa berusia 18 tahun dari Tokyo yang mendapati dirinya dipanggil ke dunia fantasi – Byston Well. Apabila tiba, dia diletakkan dalam perkhidmatan di Lord Drake Luft, yang berusaha untuk meluaskan kuasanya. Mereka seperti Shou yang berasal dari “Upper Earth” mempunyai kuasa aura yang kuat dan diperintahkan untuk memandu “Aura Battler,” mecha yang direka oleh Shot Weapon, yang juga berasal dari Upper Earth.

Digimon Adventure

Apabila sekumpulan tujuh kanak-kanak pergi ke kem musim panas, mereka masing-masing menerima peranti ganjil yang membawa mereka ke dunia lain. Sebaik sahaja mereka bangun di dunia baru itu, mereka bertemu dengan makhluk aneh yang memanggil diri mereka “Digimon.” Digimon memberitahu bahawa mereka telah mendarat di “Dunia Digital,” jauh dari rumah.

Fushigi Yuugi

Semasa lawatan ke Perpustakaan Negara, Miaka Yuuki dan Yui Hongo terjumpa sebuah buku lama yang memancarkan cahaya merah, menyedut mereka ke dalam dunianya yang asing. Apabila tiba, mereka berdua bertemu dengan pedagang hamba yang bermusuhan dan berjaya melarikan diri dengan bantuan Tamahome—seorang lelaki muda yang kuat.

Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation

Walaupun dibuli, dicemuh dan ditindas sepanjang hidupnya, seorang lelaki berusia 34 tahun cuba untuk melakukan sesuatu yang heroik tetapi akhirnya terlibat dalam kemalangan tragis. Walaupun begitu, dia telah dilahirkan semula di dunia lain sebagai Rudeus Greyrat.

That Time I Got Reincarnated as a Slime

That Time I Got Reincarnated As A Slime menceritakan tentang Satoru Mikami, seorang pekerja awam pertengahan umur di Jepun moden yang hidupnya tiba-tiba berakhir setelah dia ditikam mati oleh individu yang tidak dikenali. Setelah membuka mata, Mikami mendapati dirinya dihidupkan semula dalam dunia fantasi tinggi sebagai “slime”, yang merupakan raksasa paling lemah dari semua makhluk yang kita boleh temui dalam sesebuah RPG fantasi. Dengan menggunakan kemampuan uniknya, Mikami akhirnya mengambil nama Rimuru Tempest dan menubuhkan sebuah kerajaan bersama raksasa, dengan tujuan untuk mewujudkan sebuah masyarakat di mana semua kaum raksasa dapat hidup selesa dengan kerajaan manusia di dunia baru.

Spirited Away

Chihiro Ogino yang degil, manja dan naif telah meneroka taman hiburan terbiar bersama-sama ibu bapanya dan mendapati terdapat banyak perkara pelik berlaku apabila senja tiba. Penampakan hantu dan makanan yang menukarkan ibu bapanya menjadi khinzir hanyalah permulaan. Chihiro tanpa disedari telah menyeberang ke alam roh dan terperangkap. Kini, dia mesti berani untuk hidup dan bekerja dalam kalangan roh, dengan bantuan Haku dan beberapa watak unik yang ditemuinya di sepanjang jalan.

Gate

Portal misteri telah tiba-tiba muncul semasa Youji Itami yang dalam perjalanan untuk menghadiri konvensyen doujin di Ginza, Tokyo. Melalui portal itu, makhluk ghaib mula menyerbu bandar serta membunuh dan memusnahkan segala-galanya. Youji dengan pantas cuba menyelamatkan seramai mungkin nyawa, manakali Japan Self-Defense Forces (JDSF) mengarahkan usaha mereka untuk menghentikan pencerobohan. Tiga bulan selepas itu, Youji telah ditugaskan untuk mengetuai pasukan khas yang akan dihantar ke dunia di sebalik portal tersebut yang dipanggil – Special Region. Pasukan tersebut perlu mengetahui lebih lanjut tentang apa yang mereka hadapi dan berkawan dengan penduduk tempat itu dengan harapan dapat mewujudkan keamanan dengan empayar tersebut.

The Twelve Kingdoms

Youko Nakajima hanya mahu menjadi normal. Dia melakukan apa yang diminta, mendapat gred yang baik, menjadi ketua kelas, malah membantu rakan sekelasnya pada bila-bila masa yang boleh. Dia juga membiarkan dirinya diambil kesempatan oleh mereka kerana tiada sesiapa yang boleh dipanggil kawan olehnya. Tetapi satu hari, seorang lelaki yang mengaku berasal dari dunia lain masuk ke dalam kelas Youko dan tunduk di hadapannya. Lelaki itu, Keiki, mendakwa bahawa Youko adalah tuannya dan tempatnya berada di takhta kerajaannya. Bagaimanapun, pertemuan pertama mereka diganggu kerana Keiki telah diikuti oleh raksasa yang dipanggil youma. Dia dapat melarikan diri bersama Youko ke alamnya, tetapi dua lagi rakan sekelasnya, Ikuya Asano dan Yuka Sugimoto juga terperangkap dalam masalah itu. Kini terpisah daripada Keiki, mereka mesti belajar untuk menjaga antara satu sama lain.

Re:Zero – Starting Life in Another World

Re:Zero Starting Life in Another World adalah anime drama fantasi berkisarkan Subaru Natsuki. Dia dicampak ke dunia fantasi di mana dia mempunyai kuasa untuk kembali ke masa silam jika dia mati.


Apa pendapat anda mengenai siri-siri isekai terbaik tersebut? Memang banyak siri yang sudah lama tetapi masih lagi menempah tempat dalam hati peminat. Apa pula siri isekai terbaik yang anda minat? Boleh kongsikan di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime, sila klik pautan ini.

Sumber: Goo Ranking, Sora News24

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: SenaraiSiri Isekai
Previous Post

Dapatkan merchandise rasmi Mobile Legends di Lazada sekarang!

Next Post

Black Clover – Devil terkuat kecundang di tangan Asta [SPOILER]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Black Clover – Devil terkuat kecundang di tangan Asta [SPOILER]

Black Clover - Devil terkuat kecundang di tangan Asta [SPOILER]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd