PGL FUT Cup March di Singapura akan bermula dari 8 Mac sehingga 10 Mac di Zepp@BIGBOX di Singapura, akan membawa 19 pemain FIFA 19 di seluruh dunia untuk merebut hadiah sebanyak $100,000, ini adalah hasil kerjasama dengan eGG Network yang akan melibatkan perjalanan ke 2019 FIFA eWorld Cup!
Pemain yang terlibat seperti wakil Malaysia iaitu Luqman Haziq ataupun dikenali sebagai Fenrir, yang amat terkenal di dalam dunia FIFA 19 dan Fenrir adalah wakil Malaysia dan dia juga wakil Asia Tenggara yang seorang sahaja terlibat dalam pertandingan tersebut. Kemudiannya Fenrir disertai oleh F2Tekkz ataupun Donovan Hunt yang berusia 17 tahun dari United Kingdom, beliau yang telah memenangi 3 FUT Champions Cup ke dalam namanya. Dan yang terakhir adalah Mosaad Aldossary ataupun lebih dikenali sebagai Rogue MSdossary dari Saudi Arabia.
Untuk penambahan hadiah lain, kesemua pemain tersebut akan berkongsi dengan 20,000 Global Series Points yang akan membantu mereka untuk membida dan membantu melayakkan mereka ke FIFA eWorld CUP 2019. Dengan 64 pemain, 32 di Xbox dan 32 di Playstation dan mereka akan berlawan di tempat pertama dengan hadiah sebanyak $50,000 dan 1,500 Global Series Point untuk setiap pemenang dari konsol masing.
Peminat boleh melihat pertandingan tersebut di siaran PGL, juga di laman sosial eGG Network ataupun siaran TV di Singapura, Malaysia, Brunei, Filipina, Indonesia, Thailand, Myanmar dan Australia. Untuk maklumat lebih lanjut boleh pergi ke Twitter, Facebook and Instagram.
@gamersantaimy
Discussion about this post