Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] ROG Zephyrus M16 (2022) – Laptop gaming dengan kemas kini dalaman baru

Maira by Maira
March 29, 2022 - Updated on March 30, 2022
in Artikel, Berita, Laptop, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
[Review] ROG Zephyrus M16 (2022) – Laptop gaming dengan kemas kini dalaman baru
0
SHARES
348
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Alang-alang ROG Zephyrus M16 pun dah keluarkan harga dan akan tersedia di Malaysia, kami mendapat peluang untuk memberikan review untuk laptop gaming terbaru ini. Kalau anda teringin untuk memilikinya tetapi teragak-agak, bolehlah rujuk review kami ini. Jadi, tanpa membuang masa, jom kita tengok apa yang baru dalam model terbaru ROG Zephyrus M16 2022!

Kalau anda ingin tahu, laptop gaming ini hampir sama dengan versi tahun 2021 kecuali spesifikasinya yang telah dikemas kini dengan CPU dan GPU baru. Ia memiliki CPU 112th Intel Core Processor dan GPU terbaru RTX 30 series seperti RTX 3070Ti. Bukan setakat itu sahaja, ia juga menambah MUX switch, yang membolehkan laptop anda “menutup” cip integrated. Jadi, anda boleh dapatkan prestasi gaming yang lebih lancar.

ROG Zephyrus M16

Reka bentuk

Lain daripada siri Strix, Zephyrus sering menggunakan casis logam off-black mereka tanpa mempunyai sebarang cahaya RGB kecuali pada keyboardnya. Jadi, ianya agak sesuai untuk seseorang yang bekerja di luar dan nampak profesional.

Pada atas lid, terdapat reka bentuk dot matriks pada bahagian atas dan filem prismatik yang membolehkan anda melihat kilauan seperti pelangi melalui titik-titik tersebut. Ia juga berubah jika anda mengubah sudut pandangan. Selain itu, terdapat juga plat logam dengan logo ROG padanya. Sejujurnya, saya agak menyukai reka bentuk yang baik sambil mengekalkan profil dan ciri yang rendah, cukup cantik dan memuaskan.

ROG Zephyrus M16

Zephyrus M16 mempunyai ketebalan sebanyak 1.99 cm dan mempunyai berat 2.0 kg. Salah satu ciri hebat laptop ini ialah Ergolift 180 darjah, yang boleh meninggikan laptop apabila anda “flip” skrin anda. Ia juga berfungsi untuk memberikan prestasi terma yang lebih baik. Berikut adalah port tersedia pada ROG Zephyrus M16 (2022):

  • 1x 3.5mm Combo Audio Jack
  • 1x HDMI 2.0b
  • 2x USB 3.2 Gen 2 Type-A
  • 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C support DisplayPort™ / power delivery
  • 1x RJ45 LAN port
  • 1x Thunderbolt™ 4 support DisplayPort™ / power delivery
  • 1 x card reader (microSD) (UHS-II)

Bagi saya, port yang ada sudah cukup bagus, lebih-lebih lagi PD charging port. Kalau ia versi HDMI 2.1, rasanya lebih bagus. Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.2 juga disokong pada laptop ini dengan tambahan PCIE 4.0 SSD yang boleh tampung sehingga 2TB. Memang terbaik kalau anda suka muat turun banyak game.

Anda boleh lihat spesifikasi penuh laptop melalui pautan ini.

ROG Zephyrus M16

Display dan Audio

Laptop ini datang dengan paparan skrin IPS 2K 165Hz 16:10, dengan ration skrin sebanyak 94%. Walaupun saya kini menggunakan laptop yang mempunyai skrin OLED, skrin pada Zephyrus ini juga masih setanding dengannya. Dengan julat warna DCI-P3 dan Pantone Validated, ROG Nebula dan Dolby Vision HDR, skrin ini bukan sahaja sesuai untuk gamer malah untuk pencipta kandungan profesional.

Anda tidak perlu risau tentang audio laptop ini kerana ia mempunyai 6 speaker, dual noise-cancelling woofer dan Dolby Atmos. Memang mantaplah prestasi audionya. Kalah laptop lain yang pernah saya guna.

Keyboard

Keyboard ini merupakan jenis Stealth dengan jarak 1.7mm. Keycapnya juga lebih besar memandangkan tiada numpad tersedia pada laptop ini. Touchpad Zephyrus juga 20% lebih besar sekarang dengan sentuhan yang licin dan ketepatan kawalan yang lebih baik dan bagus.

ROG Zephyrus M16

Bateri dan thermal

Dengan Bateri 90Whr, laptop ini boleh bertahan selama 6 hingga 7 jam untuk kegunaan pejabat. Ia juga datang dengan adapter AC 240W dan pengecas PD 100W, jadi anda mempunyai pilihan yang lebih ringan apabila bekerja di luar. Jangan risau kalau anda tidak menjumpai port pengecas. Zepyrus M16 boleh menggunakan port type-C untuk mengecas laptop anda menggunakan powerbank.

Untuk prestasi suhu, ianya agak baik kerana ia mempunyai 6 paip haba dan penyejukan logam cecair untuk memaksimumkan penyejukan laptop. Tetapi ada satu sahaja kekurangan, semasa menggunakan mod Turbo, bunyi kipasnya agak kuat. Jadi, ianya agak mengganggu. Tetapi kalau anda hanya guna untuk kegunaan harian, tiada satu bunyi pun yang anda akan dengar, jadi boleh pilih mod senyap jika anda tidak bermain game.

ROG Zephyrus M16

Benchmark

Berikut adalah benchmark untuk laptop ROG Zephyrus M16 dengan CPU 12th Intel Core i9-12900H bersama NVIDIA GeForce RTX 3070Ti dan RAM 32 GB DDR5. Hasilnya adalah baik, saya tidak melihat apa-apa batasan pada prestasi kerana reka bentuk yang ringan, ia pasti menjadi salah satu yang terbaik antara pesaingnya.

  • 3D Mark: 10,649
  • PC Mark: 7,293

Prestasi gaming

Disebabkan Zephyrus M16 2022 ini sebuah laptop yang mempunyai paparan 2k, saya telah gaming menggunakan mod turbo dan MUX Switch. Walaupun ia tidak mampu memberikan 2k 60 FPS dalam tetapan maksimum, DLSS dan grafik yang lebih rendah mempu menghantarkan prestasi hebat tersebut. Berikut adalah beberapa game yang telah saya mainkan dengan laptop ini:

  • Assassin’s Creed Valhalla: 63 FPS(All Max)
  • God of War: 53 FPS(All Max)
  • Dying Light 2: 40+ FPS(All Max), 50+ FPS(All Max dengan DLSS performance)

Kesimpulan

Dengan kemas kini terbaru dari segi CPU dan GPU dalam pasaran dan paparan skrin serta prestasi audio yang baik. Saya memang berpuas hati. Ianya juga ringan dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Selain itu, MUX Switch yang boleh mengubah mod, menjadikan ia sebuah laptop gaming yang nampak profesional. Buat masa ini, hanya tiga model sahaja yang tersedia di Malaysia, termasuklah model yang menggunakan termasuk RTX 3080Ti, RTX 3070Ti dan RTX 3060. Versi RTX 3060 juga akan menukar pemprosesan mereka kepada CPU baru iaitu Intel Core i7-12700H ke-12. Jadi, sebelum beli sila pastikan dahulu spesifikasi laptop.

ROG Zephyrus M16

Kalau anda ingin membeli ROG Zephyrus M16 ini, sila lawati laman web rasmi produk. Untuk membaca review lain daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: reviewROGROG Zephyrus M16 2022
Previous Post

Epic Games Store Spring Sale sudah bermula! Jom tambah koleksi game!

Next Post

UPDATE: Komiti MPL MY menyiasat kes Geek Fam & Team OP atas isu agama!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
UPDATE: Komiti MPL MY menyiasat kes Geek Fam & Team OP atas isu agama!

UPDATE: Komiti MPL MY menyiasat kes Geek Fam & Team OP atas isu agama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd