Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

UPDATE: Komiti MPL MY menyiasat kes Geek Fam & Team OP atas isu agama!

Maira by Maira
March 29, 2022 - Updated on March 31, 2022
in Artikel, Berita, Esports
0 0
0
UPDATE: Komiti MPL MY menyiasat kes Geek Fam & Team OP atas isu agama!
Share on FacebookShare on Twitter

Dikemas kini setakat 31 MAC 2022: ‘darA’, ‘Ryeb’ dan ‘Paaa’ dari Team OP telah dikenakan ban selama 2 tahun dari menyertai kejohanan MPL dan mana-mana kejohanan MLBB. Selain itu, Bush (juga ahli Team OP) dikenakan ban 1 tahun sahaja dari menyertai kejohanan MPL dan MLBB.

Secara keseluruhan, Team OP dikenakan “penolakan sebanyak -10 mata kerana salah urus pemain.”

Berikut adalah kata rasmi dan gambar dari pihak MPL:

Kata putus telah dibuat oleh committee MPL. Kami tidak menyokong tingkah laku yang ditonjolkon para pemain Team OP. Kami memohon maaf atas segala kekurangan dan akan terus berusaha untuk memperbaiki segala operasi di masa hadapan.


Artikel original adalah seperti berikut:

Baru diumumkan hari ini, komiti MPL menjelaskan bahawa mereka sedang menjalankan siasatan yang melibatkan para pemain Geek Fam dari MPL MY dan Team OP dari MPL SG. Hal ini terjadi akibat seorang pemain yang mula mengeluarkan kata-kata yang mempunyai unsur-unsur hinaan dalam chat. Jom, kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Menurut video Youtube oleh Pencil Robot (melalui MyGameOn) kisah bermula seperti ini: pemain Geek Fam Nik Aqieff aka Dominus sedang live stream Mobile Legends Bang Bang dan bertemu dengan beberapa pemain yang bersifat toksik. Pemain ini rupanya berasal dari Singapura malah seorang pemain profesional untuk Team OP yang kini sedang bersaing di MPL SG. Isu bermula apabila pasukan Dominus telah dihina dengan ayat dan kata-kata bersifatkan agama dan rasis seperti “terrorist”, “Allah teach u that”, “GG pray to wall so pro”, dan lain-lain.

https://www.youtube.com/watch?v=3ioGZbQ9_u0

Selepas kejadian itu menjadi viral, pihak MPL dan Team OP terus membuat siasatan. Berikut adalah pernyataan rasmi daripada Facebook MPL MY:

Kepada komuniti MPL MY, Kami sedar dan prihatin mengenai insiden yang membabitkan Geek Fam (MPL MY) dan Team OP (MPL SG) yang berlaku pada pagi hari ini, 29 Mac 2022, hari Selasa. Buat sekarang kami sedang menyiasat hal yang melibatkan tingkah laku tidak profesional daripada para pemain.

Profesionalisme dan tingkah laku beretika adalah sebahagian daripada prinsip utama kami dalam membentuk persaingan sihat di antara para pemain dan ahli komuniti. Marilah bersama-sama membina ekosistem penuh harmoni dan membangunkan esports sebagai sebuah platform yang kami semua boleh banggakan.

Sumber: Facebook MPL MY

Buat masa ini, kenyataan rasmi masih belum dikeluarkan. Pihak berkenaan juga akan mengeluarkan maklumat lebih lanjut dalam masa terdekat. Harap-harap pemain lain tidak mencontohi sikap pemain yang tidak sopan ini. Kami juga akan memberikan kemas kini baru apabila maklumat baru dikeluarkan. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai e-sukan, sila klik pautan ini.

Tags: Geek FamMPL MYTeam OP
Previous Post

[Review] ROG Zephyrus M16 (2022) – Laptop gaming dengan kemas kini dalaman baru

Next Post

Bandai Namco mengumumkan Gundam Metaverse, tempat berkumpul fandom untuk ACG

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Bandai Namco mengumumkan Gundam Metaverse, tempat berkumpul fandom untuk ACG

Bandai Namco mengumumkan Gundam Metaverse, tempat berkumpul fandom untuk ACG

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd