Shin Megami Tensei: Liberation Dx2 telah mengadakan crossover bersama Bayonetta pada bulan lepas, dan pada bulan ini bermula 14 haribulan giliran pemburu setan Nero, Dante dan V daripada Capcom Devil May Cry 5 untuk menyertai mereka di Shin Megami Tensei.


Selain itu, bermula Mac 7 sehingga Mac 20, terdapat sebuah Countdown Login Bonus yang mengandungi Summon File istimewa yang menjaminkan setan 4★ dan Yasta Mirror 5★ boleh digunakan untuk demon Evolve.
Pada masa yang sama, ini info lebih tentang tetamu daripada Devil May Cry 5:
Nero – The Young Devil Hunter
Devil Hunter muda yang beroperasi luar daripada Devil May Cry mobile. Beliau telah hilang demonic arm (The Devil Bringer) sebelum bermula peristiwa di game ini, dan kini berdiri teguh melawan askar askar setan dengan mengunakan kuasa baru yang diberi ole Nico.
Dante – The Strongest Demon Slayer
Hero asal Devil May Cry dan seorang Devil Hunter bertaraf legenda. Dante ialah separuh manusia dan separuh hibrid demon yang lahir daripada wanita bernama Eva dan seorang demon, Sparda yang berjaya menyelamatkan dunia manusi. Dante telah tempuh pertarungan demi pertarungan sukar pada masa lepas dan kini menjadi pelindung kepada manusia daripada sebarang ancaman demon. Dante menjawab setiap pencabar dengan senyuman khasnya di muka. Bagi memenuhi permintaan pelanggan, Dante telah kembali pada masa silam untuk melawan pihak demon sekali lagi
V – The Mysterious One
Seorang lelaki yang slim yang dipenuhi tatu yang bergaya sambil memegang buku dan tongkat. Sebelum bala muncul pada Red Grave City, V bertungkus lumus mencari Dante menggunakan maklumat yang diberi oleh broker Morrison untuk memberi tugas membunuh sebuah demon khas kepadanya. V tidak mempunyai kuasa yang secukupnya untuk bertarung sendiri, sebaliknya beliau bergantung kepada 3 demon familiar untuk menyerang ketika bertarung.
Shin Megami Tensei: Liberation Dx2 boleh didapati di iOS dan Android dan Devil May Cry 5 pula akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One, dan PC pada Mac 8, 2019. Sebelum peminat bermula dengan Devil May Cry 5, apa kata kenalkan dulu dengan watak di Shin Megami Tensei. Takdelah rasa penat menunggu sangat.
@gamersantaimy
Discussion about this post