Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony membuka ‘Kedai Flagship’ baru di LaLaport Bukit Bintang City Centre

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 24, 2022
in Artikel, Berita, PS4, PS5, Tempatan
0 0
0
Sony membuka ‘Kedai Flagship’ baru di LaLaport Bukit Bintang City Centre
Share on FacebookShare on Twitter

Sony hari ini mengumumkan pelancaran Kedai Flagship terbarunya di LaLaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur. Terletak di tingkat dua, kawasan kedai telah dibahagikan mengikut jenis produk dan menawarkan barang dari kategori Display, Music, Digital Imaging, Gaming, Mobile dan Movie.

Kawasan pertama yang pasti mengambil perhatian saya adalah bahagian ‘Gaming’ yang menjual produk terkini dari PlayStation 5 dan PlayStation 4 termasuk game, controller, dan aksesori-aksesori lain. Berita baik, kedai ini juga menerima tempahan PS5 tetapi pengunjung diminta mengikut prosedur yang ditetapkan untuk membeli konsol.

Kawasan Digital Imaging pula menampilkan produk fotografi baru dan konsep ‘lens bar’ di mana pengunjung bebas untuk melihat keseluruhan senarai kanta Sony sambil memasangkannya kepada kamera yang ditawarkan. Selain itu, Sony Store LaLaport juga menampilkan sudut ‘ live streaming’ supaya pengunjung, tidak kira kasual atau profesional, dapat belajar cara-cara untuk memakai kamera sambil mendapat tahu tentang tawaran unik.

Satu lagi bahagian menarik dalam kedai ini ialah bilik 360 Reality Audio yang membolehkan pengguna mengalami ‘suasana dalam konsert’ dengan bantuan teknologi Ns dan pembesar suara Sony yang dilengkapi oleh ‘360 Reality Audio’.

Bukan itu sahaja, Sony Centre BBCC juga menyediakan Pusat Perkhidmatan untuk para pelanggan dan dalam perbincangan untuk mengadakan ‘Sony Digital Workshop’ – bagi menganjurkan pelbagai bengkel, seminar dan sesi aktiviti.

“Saya sangat teruja dengan kedai Flagship baru serta potensi trafik yang ditawarkan oleh pusat beli-belah ini. Untuk memperkaya pengalaman membeli-belah anda, kami juga menawarkan perkhidmatan tambah nilai seperti pembungkusan hadiah dan tempat pengumpulan perkhidmatan.”

kata Pengarah Urusan Sony Malaysia, Kazutoyo Araki.

Beliau menggalakkan orang ramai untuk mendaftar sebagai ahli MySony di laman web Sony Malaysia untuk dimaklumkan tentang jualan terkini, promosi dan produk terbaru.

“Walaupun tidak memiliki sebarang produk Sony, anda masih boleh mendaftar dan mendapat manfaat daripada bengkel dan webinar kami yang dijalankan dari semasa ke semasa.”

beliau tambah.

Bagi mereka yang berminat, Sony Flagship Store baru di LaLaport Bukit Bintang City Centre akan beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.

Tags: LaLaportMalaysiaSonySony Centre
Previous Post

Pemain botakkan watak dalam Stranger of Paradise untuk kekalkan fps!

Next Post

Suicide Squad: Kill the Justice League ditangguh sehingga tahun depan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Suicide Squad: Kill the Justice League ditangguh sehingga tahun depan

Suicide Squad: Kill the Justice League ditangguh sehingga tahun depan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd