Beberapa minggu yang lepas, kami ada rungkai sedikit sebanyak mengenai update #26 dalam PUBG di mana ada perubahan dan penambahan dari segi kenderaan dan paling ketara sekali ialah Flare Guns yang dibawa masuk ke dalam permainan biasa. Walaupun ramai pemain enjoy menggunakan Flare Guns dalam perlawanan biasa, ramai pemain tidak berpuas hati dengan implementasi tersebut dan seterusnya mengutarakan pendapat mereka tentang beberapa perkara yang boleh dibaiki dan dibuat perubahan.
The addition of Flare Guns to public matches has sparked a lot of community discussion and feedback.
We'd love to hear your thoughts! Share your constructive feedback in our official feedback threads below.
Forum: https://t.co/1BjGm7gHf2
Reddit: https://t.co/wwcCYGvgY2 pic.twitter.com/K1AZGerRuJ— PUBG: BATTLEGROUNDS Support (@PUBG_Support) March 3, 2019
Beberapa aduan yang telah diterima oleh PUBG Support setakat ini:
- Terlalu banyak Flare guns spawn di seluruh map, terutamanya Sanhok.
- Bunyi kapal terbang yang terbang di atas terlalu bising dan kuat
- Terlalu banyak pemain di akhir permainan yang mempunyai level loot-crate.
Terdapat juga beberapa cadangan yang diberikan pemain menerusi forum PUBG, salah satu daripadanya ialah, untuk membuang marker berwarna kuning pada peta apabila pemain menembak flare gun. Pengguna forum Defender_B juga mencadangkan agar jarak pendengaran yang boleh didengar perlu dikurangkan. Tidak dinafikan seluruh komuniti juga meminta untuk lebihkan DMRs di peta Vikendi. Nampaknya, kalau pereka PUBG masih mahu mengekalkan Flare Guns dalam game ni, kenalah kurangkan spawn rate dia sehingga menjadi extremely rare, ye tak?
Flare Guns
Many of you are unhappy with the current implementation. Jump into our Reddit thread where we're gauging community sentiment on this feature.
Be brutally honest and constructive, let us know your feedback and suggestions! Thanks so muchhttps://t.co/zkFHj8RBEb pic.twitter.com/tgsd4otsKE
— Hawkinz (@Hawkinz) March 3, 2019
Hawkinz, pengurus komuniti PUBG memberi peluang kepada semua pemain untuk memberikan pendapat masing-masing di forum PUBG. Kalau korang yang bermain PUBG PC tu ada cadangan yang bersesuaian, boleh lah terus kemukakan sebarang idea dan maklum balas di sini. Apa pula pendapat korang tentang #update 26 tu? Ada ke yang tak puas hati? Ha, jom sama-sama sumbangkan pendapat, PUBG akan dengar keluhan semua!
Sumber: Forum PUBG
@gamersantaimy
Discussion about this post