Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kartel Mexico didakwa mengupah pengedar dadah melalui “GTA Online”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 27, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Kartel Mexico didakwa mengupah pengedar dadah melalui “GTA Online”
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun kita boleh buat macam-macam gejala jahat dalam dunia game, sebuah laporan mendapati bahawa kartel Mexico menggunakan game GTA Online untuk merekrut pengedar dadah dalam kehidupan sebenar.

Gambar sekadar hiasan

Menurut Forbes; pada November tahun lepas, para pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan di Arizona, AS menghentikan sebuah kereta Jeep Cherokee yang dipandu oleh Alyssa Navarro. Di dalam Jeep itu terdapat hampir 60kg dadah methamphetamine yang sedang diangkut ke Mexico. Apabila pegawai bertanya kepada Navarro bagaimana dia mendapat semua dadah itu dan mengapa dia memilikinya, Navarro berkata semuanya bermula selepas dia bertemu seorang lelaki semasa bermain GTA Online.

Contoh gambar mengedar dadah di dalam GTA

Seperti yang dijelaskan oleh Navarro, dia bermain GTA dengan seorang lelaki yang menggelarkan dirinya “George”. Selepas bermain selama beberapa jam bersama-sama, mereka akhirnya bertukar maklumat Snapchat dan kemudian bertemu secara peribadi di Phoenix. Sebaik sahaja bertemu, Navarro berkata George memintanya untuk menjadi “runner” dan mengangkut sejumlah barang elektronik dalam Jeep dari Arizona ke Mexico, di mana dia akan dibayar sebanyak $2,000 bagi setiap hantaran, dengan kadar yang semakin meningkat bergantung pada jumlah “elektronik” yang dihantar.

Menurut laporan itu, Navarro kemudian diarahkan untuk bertemu dengan seorang lelaki bernama Alfredo yang memuatkan Jeep dengan dadah dan menyembunyikannya di dalam tangki minyak kereta. Walaupun Navarro faham perbuatan mereka amat mencurigakan, dia tetap meneruskan hantaran.

Navarro kini didakwa atas kesalahan “berkonspirasi untuk mengimport dan menjual methamphetamine, serta tuduhan memiliki dadah”. Dia mengaku tidak bersalah semasa penampilan mahkamah pada hujung tahun lepas. Kes ini masih diteruskan.

Bukan setakat kehidupan sebenar, dalam game pun bahaya. Apa pendapat korang tentang cara kartel Mexico merekrut pengedar dadah dalam GTA Online? Kongsikan pendapat di ruang komen.

Sumber – Forbes

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: dadahGTA OnlineKartel Mexico
Previous Post

NVIDIA DLDSR – Fungsi, Bagaimana untuk Pakai & Hasil Ujian

Next Post

Game open-world The Seven Deadly Sins Origin diumumkan, gameplay seperti Genshin Impact

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Game open-world The Seven Deadly Sins Origin diumumkan, gameplay seperti Genshin Impact

Game open-world The Seven Deadly Sins Origin diumumkan, gameplay seperti Genshin Impact

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd