Ingat lagi kes scammer PS5 oleh GilaGaming666 dalam komuniti gamer PlayStation di Malaysia? Nampaknya baru-baru ini dia akhirnya telah diberkas dan dihadapkan ke Mahkamah beberapa hari yang lalu. Jumlah hasil dari operasi penipuan PS5 itu bukannya sedikit tetapi hampir mencecah jutaan ringgit. Menurut Utusan Malaysia, pelaku bernama Bryan Tan Pei Er merupakan seorang graduan jurusan farmasi telah didakwa di Mahkamah Majistret.

Bryan atau lebih dikenali sebagai Shinchan dalam komuniti gamer, telah mengaku tidak bersalah selepas tujuh pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam dua prosiding berasingan. Dia juga didakwa atas empat pertuduhan yang berkaitan dengan kes penipuan jualan konsol PS5 kepada empat individu. Mereka juga telah kerugian RM 10 ribu berikutan kes penipuan tersebut. Pelaku juga didakwa menipu dua individu membabitkan jumlah RM 22 ribu.
Bukan setakat PS5 sahaja menjadi modal dalam operasi scam itu, Shinchan juga didakwa atas satu pertuduhan menjual patung Bearbrick sehingga mangsa menyerahkan RM 68.8 ribu.

Bryan telah didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya. Pertuduhan turut dikemukakan mengikut Seksyen 420 yang memperuntukkan penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan juga boleh dikenakan sebat dan denda.
Mahkamah membenarkan pelaku diikat jamin RM 16 ribu untuk kesemua pertuduhan dan menetapkan 3 dan 4 Mac sebagai tarikh untuk sebutan kes.

Nampaknya kes scammer PS5 shinchan ini akan berakhir tidak lama lagi. Semoga ia menjadi pengajaran kepada gamer lain supaya tidak menyokong kegiatan scalper PS5 ini. Lebih-lebih lagi jika mereka membuat pra-pesanan untuk konsol tersebut. Anda boleh ikuti berita mengenai kes ini melalui pautan ini.
Sumber: Utusan Malaysia
@gamersantaimy
Discussion about this post