Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review MSI Stealth 15M (2022) – Kuasa 12th Gen dalam badan yang nipis

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 26, 2022 - Updated on January 27, 2022
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Review, Teknologi
0 0
0
Review MSI Stealth 15M (2022) – Kuasa 12th Gen dalam badan yang nipis
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan matlamat untuk membawa teknologi ke tahap seterusnya, MSI telah “refresh” semula laptop Stealth 15M bagi tahun 2022. Laptop ini masih kekal sebagai mesin gaming nipis, tetapi kini dilengkapi dengan pemproses 12th Gen Intel Core (Alder Lake) dan grafik RTX 3060. Memandangkan MSI adalah antara syarikat pertama untuk mengumumkan siri laptop gaming dengan pemproses Intel Alder Lake, mestilah saya tidak akan lepaskan peluang untuk mencuba Stealth 15M dan melihat sebaik mana prestasinya. Inilah review saya untuk MSI Stealth 15M!

Spesifikasi ringkas bagi unit review kami:

  • Unit review kami:
    • CPU: 12th Gen Intel Core i7-1270P (Alder Lake)
    • Grafik: NVIDIA GeForce RTX 3060
    • RAM: 32GB DDR4 3200MHz
    • Skrin: 15.6″ FHD (1920*1080) IPS 144Hz
    • Storan: 1TB SSD (PCIe Gen 4)
    • Berat: 1.8 kg
    • Saiz: 18.2mm

Reka bentuk

Jika melihat MSI Stealth 15M secara sekilas pandang, mungkin ramai yang tidak tahu ia sebenarnya adalah laptop gaming. Dengan casis kelabu karbon, Stealth 15M memang nampak “smart” dan bergaya. Berbanding versi lama, tidak banyak yang berubah; cuma mereka mengubah logo gelap MSI kepada sejenis plat di bahagian belakang yang menjadikan rupa keseluruhan sedikit lebih menarik berbanding dulu.

Selain ruang udara di sisi dan bahagian belakang, tiada apa lagi yang menarik. Malah, tiada satu jalur cahaya RGB (kecuali keyboard) di bahagian luar laptop itu. Bergantung pada citarasa, mungkin ada yang suka, mungkin ada yang tidak. Jika korang pencinta sejati RGB, laptop ini mungkin nampak membosankan dan terlalu simple. Sebaliknya, jika korang mahukan laptop yang boleh digunakan di tempat kerja tanpa menarik terlalu banyak perhatian, ini mungkin laptop idaman anda.

Selain itu, ini adalah salah satu laptop gaming paling ringan dan paling nipis di pasaran – dan merupakan sesuatu yang saya perlu beri pujian kepada MSI. Lagipun, majoriti laptop gaming zaman sekarang kan besar dan berat. Dengan berat 1.8 kg dan kenipisan 18.2mm, ia memang tepati syarat selesa secara “on-the-go” bagi mereka yang perlu membawa laptop ke tempat kerja atau belajar.

Satu lagi aspek yang bagus adalah pilihan port I/O-nya tidak kedekut. Di bahagian kiri, kita ada port pengecasan, 1x slot kad microSD, 1x USB Type-A dan kombo audio jack. Di sebelah kiri, kita akan jumpa port USB-C dengan DisplayPort, port Thunderbolt 4, 1x USB Type-A dan port HDMI 2.0.

Keyboard & touchpad

Laptop ini mempunyai “4-zone lighting backlit keyboard” tetapi masalahnya, saya tidak jumpa pilihan untuk menukar warna. Saya cuba mencari di MSI Centre tetapi pilihan Mystic Light tidak ada. Kemudian, saya memuat turun aplikasi Dragon Center lama, dan masih tiada pilihan RGB di sini. Adakah ini bermakna Stealth 15M hanya mempunyai pilihan untuk menukar kecerahan RGB? Nampaknya begitu.

Ke bahagian keselesaan keyboard dan touchpad pula, mungkin ada yang memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri tetapi yakinlah setiap butang disusun dengan bijak (tidak terlalu jauh, tidak terlalu rapat) dan terasa sangat selesa untuk digunakan, serta responsif. Walaupun ramai yang akan menggunakan mouse, touchpad pun terasa selesa dan bagus untuk digunakan bagi tugasan produktiviti.

Paparan & audio

Paparannya cantik tetapi bukan yang paling bagus pernah saya cuba. Ia mempunyai panel IPS FHD+ 1080p dengan refresh rate 144Hz di mana kebanyakan game atau video akan kelihatan cantik di skrin, dan pada masa yang sama, juga berguna untuk bermain game jenis fast-paced. Tetapi untuk para content creator, saya perlu memberitahu bahawa panel paparan tidak begitu tepat daripada segi warna. Satu lagi kekurangan ialah skrin tidak cukup terang untuk tugasan kreatif. Bukan tidak boleh melakukan urusan kerja kreatif, cuma ia tidak cukup bagus.

Walaupun begitu, skrinnya mempunyai kemasan matte, lantas menjadikannya ideal untuk gaming kerana mengurangkan silau. Jadi, walaupun ia tidak mempunyai kecerahan tertinggi, anda masih boleh menggunakannya di luar rumah atau tempat kerja. Di samping itu, kita boleh mencuba satu ciri menarik iaitu Matrix Display yang merupakan teknologi eksklusif MSI untuk menyokong Multi-display Mode dan Surround View Mode

  • Multi-display mode menunjukkan banyak paparan pada berbilang monitor (termasuk paparan laptop) secara individu.
  • Surround View Mode menyokong paparan merentas berbilang monitor sekaligus.

Audio dari speaker pun boleh tahan bagus. Terdiri dari dua speaker Nahimic Hi-Res bunyinya agak “sedap”, cuma jangan mengharapkan kepuasan yang sama seperti set teater rumah. Seperti yang kita tahu, ia tidak sesuai untuk game yang memfokuskan pada isyarat audio seperti Valorant tetapi bermain God of War sambil membuka speaker masih amat memuaskan.

Untuk mereka yang tidak suka memakai speaker, korang sudah tentu boleh menggunakan headset kegemaran. Pendek kata, sesi movie atau mendengar lagu dengan rakan-rakan akan kekal menyeronokkan tanpa perlu aksesori audio tambahan.

Prestasi

Akhirnya kami tiba pada soalan paling penting iaitu; bagaimana prestasi sebenar MSI Stealth 15M dalam situasi kehidupan sebenar? Dilengkapi dengan pemproses 12th Gen Intel Core i7-1270P, Nvidia GeForce RTX 3060, RAM 32GB dan SSD 1TB, unit review saya nampak seperti sudah cukup hebat untuk uruskan game AAA.

Tapi sebelum ke ujian gaming, kita buat ujian benchmark dulu. Berikut adalah keputusannya:

  • PCMark 10: 7792
  • Geekbench: Single core – 1665; Multi core – 9328
  • 3DMark
    • Fire Strike: 15240
    • Time Spy: 6704

PCMark 10
PCMark 10 (1)
Geekbench
3DMark Fire Strike
3DMark Time Spy

Daripada markah, korang sendiri boleh melihat sejauh mana ia boleh capai kerana pemproses CPU baru. Supaya semua faham, saya terangkan sedikit. Pemproses 12th Gen Intel Core i7-1270P atau nama pendeknya iaitu Intel Alder Lake Mobile tertumpu pada mesin ringan dan mudah alih (laptop). Menggunakan seni bina baru bernama big.LITTLE dengan peningkatan dalam IPC (instructions per cycle) dan kuasa pemprosesan tambahan, secara amnya ia jauh lebih cekap dalam aspek penggunaan harian dan berbilang tugas, di samping berjalan dengan lebih cekap berbanding CPU gen lama.

Itu untuk produktiviti. Bagaimana dengan gaming?

Dengan niat hanya mahu menguji game paling latest, saya menguji God of War yang baru sahaja keluar untuk lihat kesan RTX, Monster Hunter Rise untuk menguji game yang tidak begitu intensif dari segi grafik dan Apex Legends bagi aksi FPS pantas.

Semua game di bawah diuji pada tetapan Ultra!

God of War (1080p, Ultra): 40 – 60 fps

Monster Hunter Rise (1080p, Ultra): 110 – 115 fps

Apex Legends (1080p, Ultra): 105 – 120 fps

PCMark 10
PCMark 10 (1)
Geekbench
3DMark Fire Strike
3DMark Time Spy

Awalnya, saya fikir ia mustahil untuk bermain God of War pada tetapan Ultra di laptop ini. Saya tidak menyangka ia boleh berjalan dengan lancar walaupun DLSS dimatikan. Sudah tentu, game ini akan bertambah lancar apabila kita menghidupkan DLSS dan menurunkan tetapan ke Medium tetapi yakinlah bahawa kita dapat mengalami God of War di tetapam Ultra pada purata 60 fps. Sama seperti versi PS4, saya rasa ini cukup mengagumkan bagi kebanyakan gamer PC. Dengan itu, kita boleh menjangkakan prestasi yang sama bagus dengan game AAA lain seperti Horizon Zero Dawn, Days Gone dan sebagainya.

Untuk game yang kurang mencabar seperti Valorant dan MH Rise, Stealth 15M sudah tentu dapat berprestasi dengan lebih baik. Ingat, semua ini dijalankan pada tetapan Ultra, jadi memang saya kagum! Walaupun fps akan jatuh sekali-sekala apabila berlakunya adegan grafik berat, ia tidak akan jatuh begitu rendah sehingga memberi kesan kepada sesi gaming kita. Andai kata risau, korang boleh sahaja guna tetapan Medium atau kurangkan pilihan lain, cuma saya nak korang faham bahawa Stealth 15M boleh mengendalikan grafik pada tetapan Ultra tanpa masalah.

Isu kepanasan dan solusi penyejukan

Seperti yang kita semua tahu, kebanyakan laptop gaming cenderung menjadi panas dan ini merupakan antara faktor yang ramai bimbang. Sama seperti ujian gaming tadi, saya menjangkakan laptop ini akan menjadi sangat panas sehingga nak sentuh pun tidak boleh. Bayangkan betapa terkejutnya saya apabila menyentuh Stealth 15M semasa bermain God of War pada tetapan maksimum. Tak panas langsung, sekadar “suam” saja. Itu pun bukan jenis “suam” yang bakal mendidih.

Walaupun menggunakan Mode Turbo, tidak banyak laptop dapat menghilangkan haba dengan baik tetapi Stealth 15M melakukan objektifnya dengan bagus. Saya tidak tahu mengapa ia boleh kekal sejuk tetapi MSI memperkenalkan “teknologi Phase-Change Liquid Metal Pad baharu. Saya tidak tahu sama ada Stealth 15M memiliki teknologi ini tetapi saya harap itulah sebabnya.

Cuma, saya perlu pesan korang untuk sediakan headset kerana kipas Stealth 15M sangat-sangat bising. Ini masuk akal kerana ia perlukan tenaga paling kuat untuk mengawal suhu, tetapi kipas tersebut boleh menjadi sangat bising sehingga saya boleh mendengar bunyinya dari bilik sebelah.

Jangka ayat bateri

Memandangkan laptop ini berjaya melampaui jangkaan saya sebanyak 2 kali, saya mengharapkan jangka hayat bateri pun bertambah baik. Malangnya, saya salah. Menggunakan ujian bateri PCMark 10, laptop ini dapat tahan selama 1 jam 10 minit, dan keputusan ini pun hampir sama dengan pengalaman gaming saya. Pendek cerita, jangka hayat bateri Stealth 15M tidak mengagumkan. Tetapi ini kan laptop gaming? Apa lagi yang kita nak harapkan.

Software AI baru & emulator Android

Untuk mengurus sistem serta membuat perubahan penting, Stealth 15M dilengkapi dengan MSI Center terkini yang kini menyediakan mod AI. Sangat mudah untuk digunakan, MSI Center memberi akses kepada pra-tetapan khusus dalam game tertentu, tetapan sistem, membersihkan Ram dan membuang “sampah” yang tidak perlu.

Seperti saya kata tadi, MSI bukan semata-mata tertumpu pada perkakasan, dan juga mengusahakan teknologi AI pintar untuk pengalaman lebih lancar. Sebagai contoh, laptop ini menawarkan sistem Smart Auto Power untuk melaraskan tahap prestasi laptop berdasarkan aplikasi yang sedang dijalankan, dan bukannya bergantung pada kita untuk menukar tetapan secara manual. Bagi korang yang lebih suka mengubahsuai sistem sendiri, sistem manual masih ada. Mode AI automatik cuma wujud untuk membantu pengguna yang tidak begitu tahu tentang cara-cara memaksimumkan kuasa laptop, atau untuk mereka yang malas buat secara manual (seperti saya).

Sejajar dengan upgrade ini, MSI juga menawarkan mode “Silent” yang misinya adalah untuk mengekalkan bunyi kipas pada 15 dB bagi mengelakkan gangguan bunyi yang tidak diingini semasa bekerja. Untuk update 2022, perisian kini akan memanfaatkan sistem mikrofon untuk mengukur tahap bunyi di dalam bilik, dan kemudiannya akan mengaktifkan kipas yang diperlukan. Walaupun dengar seperti biasa-biasa saja, MSI mendakwa bahawa ada peningkatan prestasi sehingga 30% dalam mode Silent tanpa bunyi gangguan kipas.

Satu ciri menarik saya yakin ramai gamer akan suka adalah aplikasi MSI App Player yang datang secara built-in. Secara am, tugasnya adalah seperti emulator Android, di mana anda boleh memuat turun dan memainkan game mobile Android kegemaran di laptop korang. Ini berguna untuk pemain game gacha/idle, yang mungkin mahu grinding misi atau watak tertentu tetapi sebelum ini rasa leceh kerana perlu membuka smartphone setiap masa.

Pendapat

MSI Stealth 15M adalah contoh terbaik untuk pasaran laptop gaming generasi seterusnya. Bersama reka bentuk nipis dan ringan, keyboard yang selesa dan pemilihan port yang cukup pemurah, memang tidak banyak masalah yang saya alami.

Jika dilihat dari segi prestasi, saya 100% kagum, terutamanya selepas melihat ia dapat berfungsi dengan lancar untuk membawa pengalaman gaming dan grafik tertinggi bagi game AAA. Bukan itu sahaja, ia siap ada built-in Android Emulator lagi. Malangnya, dari segi jangka hayat bateri dan paparan, ia agak mengecewakan tetapi ini lazimnya bukanlah masalah yang besar bagi kebanyakan gamer.

Bersama faktor bentuk kecil, tetapi masih mengekalkan kehebatan gaming, MSI Stealth 15M adalah calon ultrabook yang amat hebat. Saya 100% mengesyorkannya!

Laptop ini, termasuk nilai harga dan bila akan keluar, masih belum diumumkan di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila pergi ke laman web rasmi MSI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: LaptopMSIMSI Stealth 15Mreview
Previous Post

Tiga game Star Wars dalam pembikinan oleh Respawn, termasuk FPS dan sekuel Jedi Fallen Order

Next Post

Crytek mengesahkan Crysis 4, satu dekad selepas Crysis 3

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Crytek mengesahkan Crysis 4, satu dekad selepas Crysis 3

Crytek mengesahkan Crysis 4, satu dekad selepas Crysis 3

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd