Game MOBA popular, Mobile Legends Bang Bang telah mengumumkan skin bertema anime pertama untuk watak Fanny dan Layla tetapi apa yang menarik kali ini adalah kedua-duanya akan disuarakan oleh pelakon suara (seiyuu) terkenal termasuk suara Hyuga Hinata dan Kaguya Sama.
Tergolong dalam tema “The Aspirants”, skin “Blade of Kibou” milik Fanny akan disuarakan oleh Nana Mizuki yang terkenal kerana watak Hinata Hyuga dalam siri anime Naruto manakala skin “Miss Hikari” milik Layla akan disuarakan oleh Yoshino Nanjo yang terkenal kerana watak Hayasaka dari Kaguya Sama Love is War.
Skin anime Mobile Legends ini akan tersedia dalam game bermula dari 22 Januari 2022. Berikut adalah info penuh menurut posting rasmi:
Skin bertema anime MLBB yang pertama “The Aspirants” kini telah didedahkan! Skin serba baharu Fanny dan Layla kini menampilkan pengalih suara terkenal Nana Mizuki dan Yoshino Nanjõ!
Selepas Skin dilancarkan, pemain boleh menggunakan ciri-ciri eksklusif “Tukar Alih Suara” kepada Skin “The Aspirants” dan mendengar alih suara Skin dalam bahasa yang lain. Ciri ini boleh diakses terus pada skrin Paparan Skin. Nikmatilah gaya percakapan yang dibawakan oleh pengalih suara yang berlainan!
Di dalam kisah yang baharu, pengembaraan baharu, apakah yang menanti Layla dan Fanny? Apakah kisah yang akan berlaku di antara mereka? Nantikan ia dan kami akan mendedahkan mereka satu persatu!
Sementara itu, mari lihat persembahan menarik oleh dua pengalih suara!Skin “The Aspirants” akan tersedia di dalam permainan mulai 22 Januari.
Pada masa yang sama, pihak Mobile Legends juga memberi isyarat kepada peminat dengan memberitahu bahawa kita ada peluang untuk bercakap dengan kedua-dua seiyuu anime tersebut.
Bercakap secara bersemuka dengan Fanny/Layla!Apakah soalan yang anda mahu tanya Layla atau Fanny kalau anda boleh bercakap secara bersemuka dengan mereka?
Hero ketiga juga diumumkan, tetapi identitinya masih kekal misteri buat masa ini. Apa pendapat anda? Siapa hero ketiga untuk dapat skin anime? Jom kongsikan pendapat bersama saya di ruang komen!
Sumber – Facebook
@gamersantaimy
Discussion about this post