Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Orang perlu rehat” – Respon EA kepada peminat Battlefield 2042 yang marah & toksik

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 7, 2022
in Artikel, Battle Royale, Berita, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
“Orang perlu rehat” – Respon EA kepada peminat Battlefield 2042 yang marah & toksik
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun musim cuti baru berlalu, nampaknya tidak semua orang dapat berehat. Baru terjadi semalam, seorang wakil EA memberi respon kepada peminat Battlefield 2042 yang masih marah dan toksik tanpa henti.

Kisahnya bermula seperti ini:

Battlefield 2042 dilancarkan pada bulan November dengan purata 100,000 pemain di Steam. Dua bulan sudah berlalu dan kini game ini hanya mampu mencecah sekitar 10,000 pemain setiap hari. Walaupun begitu, masih ada peminat setia yang menyuarakan “pendapat dan aduan mereka” seperti kekurangan ciri voice chat, isu-isu teknikal, fokus pemaju yang lebih kepada kosmetik berbanding gameplay teras, dan macam-macam lagi.

Walaupun pada musim cuti bulan, aduan ini tidak berhenti masuk, dan ramai pihak dari DICE dan EA terpaksa kembali kerja untuk membalas posting-posting peminat yang mengamuk di media sosial.

Tidak ingin mendiamkan diri – Andy McNamara, pengarah global komunikasi bersepadu EA,memberi respon umum di Twitter kepada peminat Battlefield 2042 ini dan berkata:

Kembali bekerja hari ini, lihat Reddit & Twitter dan peminat Battlefield amat marah kerana kami tidak melakukan kemas kini yang cukup atau berkomunikasi semasa cuti. Orang ramai perlu berehat. Ada yang dalam rancangan tetapi kami perlu memikirkan apa yang boleh. Kami akan menanganinya apabila [kami] sudah 100%.

“Biarlah kami kembali dari cuti dan sambung bekerja. Sayang kamu semua tetapi jangkaan ini amat kejam. Apa yang anda inginkan mengambil masa untuk skop, reka bentuk dan dilaksanakan.”

McNamara kata.

Tweet itu dipetik oleh subreddit BF2042 dengan tajuk “EA/DICE finally responds to the Backlash” dengan lebih daripada 10,000 upvote dan 2,000 komen. McNamara kemudian memadamkan tweet ini, lalu balas dengan permohonan maaf kerana tidak jelas dalam mesejnya.

Malangnya, respon McNamara tidak diterima oleh komuniti dan berikut adalah antara jawapan peminat:

Kami mahu game yang siap. Maaf kerana tidak munasabah. Mungkin [unfinished buggy sh*t ] ini sahaja yang anda mampu buat.

Jika saya melakukan sesuatu yang teruk semasa kerja, saya akan bekerja selama yang mungkin untuk membuang [kegagalan] itu. Saya membayar $100 untuk game ini dan ia hanya 20% selesai tetapi anda semua sedang bercuti panjang. Jika kerja sebagai pemaju permainan terlalu sukar, jangan lakukannya.”

Reddit Battlefield 2042 ini pun terpaksa dibuang kerana isu toksik melampau oleh peminat yang marah, jadi saya hanya mampu beri link untuk korang baca di SINI. Mudah-mudahan, DICE dan EA dapat rehat yang secukupnya kerana masih banyak yang mereka perlu perbaiki di Battlefield 2042.

Muat turun di sini
Battlefield 2042
Publisher: Electronic Arts (EA)
Developer: DICE
Release Date TBC
Microsoft Windows, Origin, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Battlefield 2042 menawarkan empat mode, tujuh peta All-Out War/Hazard Zone, enam peta Portal Battlefield klasik dan 10 Specialist untuk dimainkan (lebih banyak akan datang pada musim akan datang). Saya akan cuba ringkasan supaya anda semua faham.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Battlefield 2042eatoksik
Previous Post

Sony Center Mid Valley membuka pre-order batch baru PS5 bagi Januari 2022!

Next Post

Badlanders – Game Shooter Mobile terbaru dilancarkan oleh NetEase Games!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Badlanders – Game Shooter Mobile terbaru dilancarkan oleh NetEase Games!

Badlanders - Game Shooter Mobile terbaru dilancarkan oleh NetEase Games!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd