Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sebanyak 14,000 syarikat gaming China terpaksa tutup kerana undang-undang kerajaan yang terlalu ketat

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 4, 2022
in Artikel, Berita
0 0
0
Sebanyak 14,000 syarikat gaming China terpaksa tutup kerana undang-undang kerajaan yang terlalu ketat
Share on FacebookShare on Twitter

Pada tahun 2021, China meletakkan sekatan yang besar ke atas apa-apa aktiviti berkait “gaming” di negara itu dan malah berhenti memberi pelesenan bagi game baharu. Akibatnya, sebanyak 14,000 syarikat yang berkaitan dengan gaming terpaksa menamatkan pendaftaran dan ditutup secara berkesan sejak Julai 2021.

China bans under-18s from playing online games for more than an hour a day  | Science & Tech News | Sky News

Ini adalah masalah utama yang dihadapi oleh syarikat gaming China buat masa ini. Secara lebih khusus, kerajaan telah berhenti meluluskan lesen sejak Julai 2021, yang bermakna studio atau syarikat tidak dapat menjual game mereka pada mana-mana platform yang diluluskan di China. Proses ini mengikut kempen meluas negara untuk memerangi ketagihan gaming, sambil memerhatikan kandungan yang tidak patut, seperti lucah dan unsur bertema “LGBTQ”. Akibatnya, sebanyak 14,000 studio dan syarikat berkaitan gaming terpaksa ditutup kerana kekurangan pendapatan.

China's video game laws risk being a turn-off for the next generation |  Financial Times

Menurut temu bual bersama TheGamer, sebuah studio tempatan bernama AZGames menceritakan betapa susahnya untuk mendapatkan kelulusan bagi game mereka, Master of Pottery yang masih belum dianugerahkan lesen sehingga hari ini. Walaupun kriteria untuk mendapatkan kelulusan amat ketat, Master of Pottery sepatutnya boleh memenuhi semua syarat dengan mudah sebab gameplay-nya tentang pembuatan tembikar dan menjalankan pameran. Ia tidak mengandungi apa-apa rujukan kepada keganasan, atau kandungan seksual, dan sepatutnya menjadi platform yang ideal untuk mempamerkan budaya Cina.

Untuk memenuhi syarat, AZGames perlu berulang kali mengubah suai kandungan dan gameplay Master of Pottery sejak September 2020. Akhirnya pada Februari 2021, mereka mendapatkan persetujuan untuk mengeluarkan Master of Pottery di platform mobile. Malangnya, satu masalah yang tidak dijangka sekali lagi menghalang mereka untuk mendapat kelulusan penuh.

Bak kata penerbit mereka, AZGames terpaksa digantung kerana “aktiviti-aktiviti melanggar undang-undang yang tidak dinyatakan”. Disebabkan itu, studio tersebut perlu menyerahkan semula permohonan lesen dan melalui proses rumit yang sama untuk mendapatkan kelulusan oleh beberapa jabatan kawal selia.

Apa pendapat anda tentang kes di atas? Jom kongsi pendapat bersama saya di ruang komen!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: chinaGamingundang-undang
Previous Post

Village dinobatkan sebagai Game of the Year di Steam Awards 2021! Ini adalah senarai penuh pemenang!

Next Post

Musim baru bagi anime Dragon Ball Super mungkin akan kembali tahun 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Musim baru bagi anime Dragon Ball Super mungkin akan kembali tahun 2022!

Musim baru bagi anime Dragon Ball Super mungkin akan kembali tahun 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd