Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam masih mendominasikan platform PC walaupun Epic Games tawarkan game percuma

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 3, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, Steam
0 0
0
Steam masih mendominasikan platform PC walaupun Epic Games tawarkan game percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Memulakan tahun 2022 dengan satu lagi pencapaian yang mengagumkan, Steam masih mendominasikan platform PC walaupun Epic Games tawarkan game percuma selepas menetapkan rekod baru untuk jumlah pengguna serentak.

Pada 28 November, Steam memecahkan rekod pengguna serentak selepas mengumpulkan sebanyak 27.4 juta pengguna, di mana 7.8 juta daripada jumlah tersebut sedang berada dalam permainan. Valve sekali lagi memecahkan rekod pengguna serentak di Steam pada 2 Januari 2022, selepas mencecah hampir 28 juta pengguna dalam talian dalam satu masa.

Secara lebih spesifik, pada hari Ahad, 2 Januari, Steam mencatat sebanyak 27,942,458 pengguna serentak pada platform. Ini memecahkan rekod sebelum di mana game yang paling kerap dimainkan pada hari itu ialah Counter-Strike: Global Offensive  dengan maksimum 867,147 pemain, diikuti Dota 2 dengan puncak 761,107 pemain serentak. Di bawah ialah PUBG Battlegrounds dengan hampir 350,000 pemain serentak dan Apex Legends dengan 221,000 pemain. Menggenapkan senarai Top 10 ialah Grand Theft Auto 5, Naraka: Bladepoint, Team Fortress 2, New World , Rust dan ARK: Survival Evolved.

Berita ini agak mengejutkan kerana pada Krismas lalu, tersebar berita bahawa Steam telah disekat oleh negara China. Seperti kebanyakan sumber luar, negara itu mempunyai firewall yang menyekat trafik dari banyak sumber yang tidak lagi diluluskan oleh kerajaan China. Terdapat sedikit kebimbangan bahawa Steam akan mengalami kesusahan memandangkan ia sangat popular di China tetapi nampaknya itu pun tidak cukup untuk menghalang semangat gamer mereka.

Steam Accidentally Removes Rockstar Games From Their Platform for a Few  Minutes - EssentiallySports

Pencapaian terbaru Steam menjadi peringatan bahawa platform ini akan jadi pilihan yang lebih popular untuk jangka masa hadapan yang lama bagi PC. Walaupun Epic Games Store semakin berkembang dan meningkat dalam populariti selepas menawarkan pelbagai game percuma, Steam tetap kekal sebagai pilihan pemain PC. Adakah rekod ini akan dipecahkan sekali lagi pada hujung tahun ini? Apa-apa boleh jadi.

Sumber – SteamDB

Tags: Epic GamesPCsteam
Previous Post

One Piece: Nasib Straw Hat Crew jika Luffy tidak wujud!

Next Post

Kalayakan MPL Malaysia S9 bermula Januari 2022! Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Kalayakan MPL Malaysia S9 bermula Januari 2022! Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Kalayakan MPL Malaysia S9 bermula Januari 2022! Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd