Okay okay, kita pun tahu orang sekarang semua ada telefon pintar kan? Dalam telefon korang mesti ada permainan-permainan gempak yang terselit kan? Tapi, genre permainan korang paling suka tu sebenarnya apa~ MOBA ke Card Game ke Startegy Game ke~ Jadi kalini saya nak kongsikan permainan yang tengah hangat dan korang boleh dapatkan di Google Play Store dan iOS untuk salah satu genre kegemaran generasi sekarang iaitu Battle-Royale!
Senarai yang saya kongsikan ini ada lah permainan yang paling digemari pemain mobile dan mempunyai rating agak tinggi secara global. Antara permainan ini yang memang korang selalu main, dan ada yang tiada, tapi korang mesti akan jadi tanda tanya untuk mencubanya kelak. Apa salahnya untuk korang tambah koleksi permainan Battle-Royale dalam telefon pintar korang kan!! Okay jom selami 8 permainan yang rating tinggi ni jom~
1. PUBG MOBILE
PUBG Mobile, sebuah permainan yang mempunyai nama besar dalam permainan Battle Royale di mobile, yang juga sering ditiru permainanya sama juga seperti Fortnite. 100 orang akan berperang dalam satu map yang dipilih antara Erangle, Sanhok, Miramar dan Vikendi untuk mencari Chicken Dinner.
Kini semakin naik nama untuk eSports, dan akan datang hujung minggu ini adalah PMCO Spring League Grand Final 2019. Juga terdapat mod lain seperti mod zombi RE, dan juga TDM. Permainan percuma tetapi ada pembelian dalam mainan.
Jadi korang boleh download PUBG Mobile di Google Play, iOS dan APK.
Sumber: Youtube Pubg Mobile
2. Rules of Survival
Pencabar kental dan ketat buat PUBG Mobile. Sama sahaja jalan permainan dengan PUBG Mobile, pernah menjadi top game dan pernah jatuh kerana terlalu banyak hacker didalam game. Ini mempunyai beberapa senjata tambahan, kenderaan, dan perlawanan dengan 120 pemain. Juga free-to-play dan pembelian dalam talian, kekal mempunyai ramai peminat dan rating masih lagi kekal stabil.
Korang boleh dapatkan permainan ini di bukan takat di telefon, juga di Windows dan Mac korang! Ok ni link download Google Play dan iOS.
https://youtu.be/7VJjymr99p4
Sumber: Youtube ROS
3. Garena Free Fire
Free Fire adalah permainan penembak survival yang lebih kurang PUBG dan ROS juga. Tapi bezanya setiap permainan selama 10 minit menempatkan korang di sebuah pulau terpencil di mana ia adalah pit terhadap 49 pemain lain, semua mencari keterusan untuk hidup. Pemain bebas memilih titik permulaan mereka dengan payung terjun mereka, dan bertujuan untuk tinggal di zon selamat selama mungkin. Memandu kenderaan untuk menerokai peta yang luas, bersembunyi di parit, atau proning di bawah rumput. Ambush, snipe, bertahan, hanya ada satu matlamat: untuk bertahan dan menjawab panggilan tugas.
Okay korang boleh download permainan ini di Google Play dan iOS.
4. Super Mecha Champions
Sebuah permainan battle royale terbaru yang baru menapak di platform mobile. Masih menggunakan konsep battle royale, tetapi pengawalan adalah berbeza kerana ia mempunyai mecha (robot) yang boleh dibawa untuk berperang! Kami juga ada kemaskini tentang Super Mecha Champion baru baru ini.
Siapa teringin nak bawak robot tu boleh la download game ni di Google Play dan iOS.
5. Cyber Hunter
Permainan Sci Fi Battle Royale yang baru bertapak di dunia telefon pintar. Agak seronok bermain game ni, ada element Fortnite dan Apex Legends serba sedikit, tetapi! Game ni sangat lah high grafik! Jadi mana yang rendah RAM telefon tu, memang akan alami masalah lagging berpanjangan!
Okay game ni turut boleh didownload di Windows korang, Google Play dan iOS.
6. Pubg Mobile Lite
Haa pemain PUBGM selalu sangan buat aduan lagging semua kan, kalini Tencent Games telah membuat solusi untuk pemain yang mempunyai spec rendah untuk telefon pintar dan tidak mampu menampung PUBG Mobile yang biasa. 60 pemain sahaja akan berperang untuk perlawanan 10 minit. Dibina dengan Unreal Engine 4, versi PUBG MOBILE ini serasi dengan lebih banyak peranti dan dioptimumkan untuk peranti dengan kurang RAM tanpa menjejaskan pengalaman permainan yang telah menarik berjuta-juta peminat di seluruh dunia.
7. Creative Destruction
Sangat serupa dengan Fortnite, walaupun serupa ia adalah klon yang baik.Permainan ini termasuk peta besar dengan landskap yang berbeza-beza dan 100-orang untuk berlawan. Korang boleh membina dan memusnahkan barangan. Di samping itu, korang boleh bermain dalam perspektif orang ketiga atau pertama. Permainan ini baik untuk telefon midrange dan low end. Selain itu, ia mempunyai bugs sekali-sekala.
Game ini hadir di platform iOS, Google Play, Windows dan Steam
8. Pixel’s Unknown Battle Ground
Pixel’s Unknown Battle Ground merupakan klon kepada PUBGM, yang bezanya grafik nya stail Pixel! Itu yang jadi comelnya game ni. Tapi ciri permainan masih sama dengan permainan Battle Royale yang lain. Agak-agak nak kelainan sikit tu boleh la cuba game ni ok!
Jadi jangan lupa dapatkanya di Google Play dan iOS!
Okay sampai kat sini lah kami kongsikan, tapi sebenarnya ada lagi battle royale game yang korang boleh dapatkan di telefon pintar korang seperti BETA Fortnite dan Call of Duty yang kini dah lancar di Australia dan Kanada. Jangan lupa teruskan kemaskini game mobile lain kemudian hari dari kami ok!
@gamersantaimy
Discussion about this post