Jadi sebelum ini kami pernah kemaskini laptop gaming yang berinovasi tinggi mengfokuskan pada eSports. Nampaknya laptop gaming tersebut telah pun hadir di Malaysia!! Laptop yang kami maksudkan adalah MSI GT76 Titan dan GE65 Raider yang baru sahaja diumumkan pelancaranya di Malaysia sebentar tadi.
Korang boleh lihat semula artikel kami sebelum ini;
MSI GT76 Titan dan GE65 Raider Gaming Laptop sudah siap sedia untuk medan perang gaming!
MSI GT76 Titan E-sports Notebook
Dihadirkan dengan dua versi satu adalah model GT76DT 9SG yang dilengkapi pemproses Intel Core i9-9900K, skrin sebesar 17.3 inci UHD 4K,berserta kad grafik RTX 2080 dan 64gb RAM. Yang ini berharga RM20,999.00. Versi kedua pula adalah model GT76DT 9SF dengan pemproses Intel Core i9-9700K, skrin sebesar 17.3 inciFHD 240Hz, grafik kad GTX 2070 dan memori 32gb, harga bermula dari RM14,999.00.
MSI GE65 Raider E-sports notebook
Beralih pula kepada MSI GE65 Raider e-Sports notebook yang turut mempunyai dua versi, tetapi perbezaan antara kedua versi hanyalah Grafik Kad nya. Versi pertama GE65 9SF dilengkapi grafik kad RTX 2070 dan berharga RM9,899, manakala versi satu lagi dinamakan GE65 9SE menggunakan grafik kad RTX 2060 dan berharga RM8,099 sahaja.
Selain itu, MSI turut memperkenalkan beberapa motherboard terbaru yang dilancarkan antaranya seperti X570 yang didatangi 6 variasi.
- MEG X570 Godlike (RM3,490)
- MEG X570 Ace you Enemy (RM1,690)
- MEG X570 Creation (RM2,222)
- MPG X570 Gaming Pro Carbon WiFi (RM1,250)
- MPG X570 Gaming Edge WiFi (RM990)
- MPG X570 Gaming Plus. (RM790)
Ye! Sebelum terlupa kitorang sempat tangkap gambar Pinda Panda yang turut ada kat sini ok!
Okay last last! Ada kerusi MSI nampak awsome tadi okay!!
Macam mana? Mana satu paling menarik perhatian korang?? Sampai kat sini sahaja. Korang jangan lupa untuk ikuti laman web rasmi MSI okay!
@gamersantaimy
Discussion about this post