Respawn dan EA telah mengesahkan bahawa jumlah pemain yang bermain game Apex Legends kini mencecah lebih daripada 50 juta pemain di seluruh dunia setelah lebih dari sebulan game itu keluar. Mereka masih belum dedahkan bilangan pemain serentak, namun minggu pertamanya sudah menyaksikan lebih daripada 2 juta orang bermain pada masa yang sama.
Thank you to the 50 million players that have shown up in the first month since Apex Legends launched! You have all made this something special and there's much more to come! pic.twitter.com/EoDcjF5q9E
— Vince Zampella (@VinceZampella) March 4, 2019
Vince Zampella, CEO Respawn Entertainment, mengucapkan terima kasihnya kepada 50 juta pemain yang bermain game tersebut sejak dari awal pengeluarannya. Menurutnya lagi, dengan banyak sokongan yang diberikan, akan banyak lagi perkara yang akan datang pada masa depan! Kejayaan awal ini mungkin bermaksud Respawn akan bersiap sedia untuk melancarkan season pass dan memperkenalkan lebih banyak kandungan, senjata baru dan kosmetik untuk game tersebut.
Dalam masa sebulan itu, pemain telah menggunakan:
- 158 Juta Finisher
- 1.23 billion Ultimates
- 31 billion Ping
- 170 Juta Respawns
- 16.5 Juta Deathbox
Number of Apex Legends players after:
8 hours – 1m
1 day – 2.5m
3 days – 10m
1 week – 25m
4 weeks – 50mNumber of Fortnite BR players after:
2 weeks – 10m
6 weeks – 20m
11 weeks – 30m
16 weeks – 45m— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) March 4, 2019
Kalau nak dibandingkan dengan Fortnite yang mengambil masa 4 bulan untuk cecah angka sedemikian, Apex Legends boleh dikatakan power teruk! Adakah korang salah sorang daripada pemain Apex Legends? Kalau ya, korang patut bangga sebab korang dah bagi sumbangan dengan bermain game tersebut! Bercakap mengenai Apex Legends, ianya masih baru, jadi kena expect akan ada beberapa glitch dan bug. Apa-apa pun tahniah sekali lagi dekat Respawn Entertainment untuk game yang awesome ini!
Sumber: Twitter Apex Legends
@gamersantaimy
Discussion about this post