Macam yang korang tahu sendiri, Apex Legends kini di musim yang kedua. Banyak perubahan dari segi watak ditambah, cabaran yang makin menarik dan tak terlupa senjata-senjata baru yang hadir dengan kemaskini terbaru! Pertempuran yang makin sengit dan menarik selepas kemaskini ini, mesti korang sendiri mencuba senjata untuk mencari yang kegemaran kan? Jadi kat sini, sekadar pandangan lah~ senarai senjata yang paling teruk hingga la yang paling terbaik (dalam campuran) kami akan kongsikan disini;
10. Teruk – Eva-8 Auto
Jenis Kerosakan | Purata Kerosakan | Shots to kill | |||
---|---|---|---|---|---|
100 HP | 150 HP | 175 HP | 200 HP | ||
Headshots Tanpa Helmet |
90 | 2 | 2 | 2 | 3 |
Headshots Level 1 helmet |
81 | 2 | 2 | 3 | 3 |
Headshots Level 2 helmet |
72 | 2 | 3 | 3 | 3 |
Headshots Level 3/4 helmet |
68 | 2 | 3 | 3 | 3 |
Bodyshots | 63 | 2 | 3 | 3 | 4 |
Mempunyai merit tersendiri, sebenarnya bukan la sejenis shotgun yang teruk sangat pun, sejenis senjata semi-auto shotty yang boleh menyebabkan kerosakan yang baik. Tetapi kewujudanya ibarat senjata Peacekeeper~
Tapi Peacekeeper ternyata lagi padu dari EVA walaupun old skool, berbeza dari kadar peluru dalam Mag lebih tinggi dan tembakan lebih laju. Tapi recoil untuk EVA memang ternyata~ kelaut!
9. Baik – R-301
Jenis Kerosakan | Purata Kerosakan | Shots to kill | |||
---|---|---|---|---|---|
100 HP | 150 HP | 175 HP | 200 HP | ||
Headshots Tanpa helmet |
28 | 4 | 6 | 7 | 8 |
Headshots Level 1 helmet |
25 | 4 | 6 | 7 | 8 |
Headshots Level 2 helmet |
22 | 5 | 7 | 8 | 10 |
Headshots Level 3/4 helmet |
21 | 5 | 8 | 9 | 10 |
Bodyshots | 14 | 8 | 11 | 13 | 15 |
Nampak sendiri kan purata kerosakan yang hidup segan mati tak mahu ni kan~ Walaupun ianya sebuah Assault Rifle (AR) ala-ala style Rambo,tapi ianya hebat yang tak dapat disangka. Ia melancarkan jumlah kerosakan pada kadar lebih cepat dan memang ianya terbukti manakala recoil nya pun agak kelaut sedikit jika jauh tembakan tu. Kalau dekat stabil je dan jadi lebih padu!
Lampiran yang boleh digunakan untuk senjata ini turut banyak yang boleh sokong. Jadi mana yang suka AR untuk jarak dekat atau tengah yang optimum bolehla pakai senjata ni.
8. Teruk – RE-45
Jenis Kerosakan | Purata Kerosakan | Shots to kill | |||
---|---|---|---|---|---|
100 HP | 150 HP | 175 HP | 200 HP | ||
Headshots Tanpa helmet |
16 | 7 | 10 | 11 | 13 |
Headshots Level 1 helmet |
14 | 8 | 11 | 13 | 15 |
Headshots Level 2 helmet |
13 | 8 | 12 | 14 | 16 |
Headshots Level 3/4 helmet |
12 | 9 | 13 | 15 | 17 |
Bodyshots | 11 | 10 | 14 | 16 | 19 |
Untuk rekod, R-45 mempunyai kemaskini DPS (125 ke 145) untuk musim terbaru ini, tapi ianya hadir sekali dengan kejarangan penggunaanya. Korang sendiri pun malas nak pakai pistol je pun kan dalam permainan, lainlah macam Shroud dah cuba main guna pistol ni sahaja dapat 17kill!
Dengan kerosakan tembakan di kepala serta recoil yang mengarut untuk pistol, satu-satu senario untuk RE-45 hanya membantu jika keadaan terdesak. Sekurang-kurangnya ia mempunyai kadar menembak yang pantas ~
7. Baik – Peacekeeper
Jenis Kerosakan | Purata Kerosakan | Shots to kill | |||
---|---|---|---|---|---|
100 HP | 150 HP | 175 HP | 200 HP | ||
Headshots Tanpa helmet |
165 | 1 | 1 | 2 | 2 |
Headshots Level 1 helmet |
149 | 1 | 2 | 2 | 2 |
Headshots Level 2 helmet |
132 | 1 | 2 | 2 | 2 |
Headshots Level 3/4 helmet |
124 | 1 | 2 | 2 | 2 |
Bodyshots | 110 | 1 | 2 | 2 | 2 |
Boleh dikatakan Mac lalu Apex didatangi dengan dua senjata terbaik salah satunya adalah Wingman dan Peacekeeper. Peacekeeper merupakan senjata yang kuat untuk berperang di jarak yang dekat cuma ada sedikit penurunan dalam kadar menembak. Tapi kalau korang pakai mag dan sentiasa berperang dalam jarak yang dekat, Peacekeeper memang membantu punya lah! Tahap kerosakan boleh cecah 110 keatas dan recoil shotgun tu so so la~
6. Teruk – P2020
Jenis Kerosakan | Purata Kerosakan | Shots to kill | |||
---|---|---|---|---|---|
100 HP | 150 HP | 175 HP | 200 HP | ||
Headshots Tanpa helmet |
20 | 5 | 8 | 9 | 10 |
Headshots Level 1 helmet |
18 | 6 | 9 | 10 | 12 |
Headshots Level 2 helmet |
16 | 7 | 10 | 11 | 13 |
Headshots Level 3/4 helmet |
15 | 7 | 10 | 12 | 14 |
Bodyshots | 13 | 8 | 12 | 14 | 16 |
Alahai purata kerosakan dia~ tapi untuk cepat main sauk, P2020 memang membantu lah! Pistol ini tidak begitu hebat di mana-mana kawasan pun dengan kadar purata menembak dan jumlah kerosakan yang rendah. Ia kini mempunyai DPS terendah di Apex. Walaupun dengan kemaskini kecil untuk musim 2 (baru Hammerpoint hop-up dan sedikit peningkatan kerosakan), senjata ini masih banyak yang diperlukan untuk menjadi sempurna.
5. Baik – L-STAR EMG
Jenis Kerosakan | Purata Kerosakan | Shots to kill | |||
---|---|---|---|---|---|
100 HP | 150 HP | 175 HP | 200 HP | ||
Headshots Tanpa helmet |
42 | 3 | 4 | 5 | 5 |
Headshots Level 1 helmet |
38 | 3 | 4 | 5 | 6 |
Headshots Level 2 helmet |
34 | 3 | 5 | 6 | 6 |
Headshots Level 3/4 helmet |
32 | 4 | 5 | 6 | 7 |
Bodyshots | 21 | 5 | 8 | 9 | 10 |
Pernah hadir di Titanfall 2 kemudian kini hadir di musim kedua Apex, L-Star EMG merupakan Light Machine Gun (LMG) yang terbaik dalam ini. Full-suto plasma rifle yang boleh zap musuh ini boleh mencecah sehingga 252 DPS kerosakan! Dengan mag 40 butir peluru tu, banyak juga lah musuh yang korang boleh settlekan dalam satu mag! Satu je masalah, akan overheat kalau kerap guna.
4. Teruk – Alternator
Jenis Kerosakan | Purata Kerosakan | Shots to kill | |||
---|---|---|---|---|---|
100 HP | 150 HP | 175 HP | 200 HP | ||
Headshots Tanpa helmet |
22 | 5 | 7 | 8 | 10 |
Headshots Level 1 helmet |
20 | 5 | 8 | 9 | 10 |
Headshots Level 2 helmet |
18 | 6 | 9 | 10 | 12 |
Headshots Level 3/4 helmet |
16 | 7 | 10 | 11 | 13 |
Bodyshots | 15 | 7 | 10 | 12 | 14 |
Selalunya senjata jenis SMG biasanya membuktikan keupayaan serba boleh dan berkesan untuk menyemburkan sejumlah besar kerosakan, Alternator pula adalah paling teruk untuk kategori ini. Walaupun ia sekurang-kurangnya mempunyai kadar menembak yang baik, tapi tidak bermakna banyak itu memberi kerosakan yang mengerikan.
Dengan crosshair yang pelik, recoil yang kurang mengancam dan mag yang sedikit, ini lah senjata SMG yang agak tidak berguna untuk pemain. Kalau dah terlalu desperate untuk terus hidup tu lain lah~
3. Baik – Kraber
Jenis Kerosakan | Purata Kerosakan | Shots to kill | |||
---|---|---|---|---|---|
100 HP | 150 HP | 175 HP | 200 HP | ||
Headshots Tanpa helmet |
297.25 | 1 | 1 | 1 | 1 |
Headshots Level 1 helmet |
267.525 | 1 | 1 | 1 | 1 |
Headshots Level 2 helmet |
237.8 | 1 | 1 | 1 | 1 |
Headshots Level 3/4 helmet |
222.9375 | 1 | 1 | 1 | 1 |
Bodyshots | 145 | 1 | 2 | 2 | 2 |
Mestilah ada sebab kenapa senjata ini adalah sebuah senjata legendari dan hanya akan ada dengan airdrops, sebab Kraber ialah senjata yang berbahaya! Bersama 50-cal dengan memberi kerosakan sebanyak 125 dan mencecah sehingga 250 kerosakan okay!
Korang akan mendapat sedikit sahaja masalah dengan senjata ni tentang recoil serta aksi boltnya yang unik. Namun sejauh mana tembakan sniper rifle ini pergi, ianya adalah optimum dan unik!
2. Teruk – Mozambique
Jenis Kerosakan | Tahap Kerosakan | Shots to kill | |||
---|---|---|---|---|---|
100 HP | 150 HP | 175 HP | 200 HP | ||
Headshots Tanpa helmet |
66 | 2 | 3 | 3 | 4 |
Headshots Level 1 helmet |
59 | 2 | 3 | 3 | 4 |
Headshots Level 2 helmet |
53 | 2 | 3 | 4 | 4 |
Headshots Level 3/4 helmet |
50 | 2 | 3 | 4 | 4 |
Bodyshots | 45 | 3 | 4 | 4 | 5 |
Walaupun dengan penambahan Lampiran Hammerpoint Rounds yang serasi dengannya, masih tidak ada alasan untuk menggunakan shotty yang mengerikan itu kecuali korang tidak ada pilihan lain. Senjata shotgun yang terlalu kecil untuk dinamakan shotgun, mag hanya 3 butir dan semestinya, reload dengan kerap. Ditambah pula beberapa ketepatan yang rendah, jarak terhad, dan statistik kerosakan biasa. Memang ternyata Mozambique hanyalah senjata ketika terlalu desperate dan memang layak lah diberi lawak meme!
1.Baik – Mastiff
Jenis Kerosakan | Tahap Kerosakan | Shots to kill | |||
---|---|---|---|---|---|
100 HP | 150 HP | 175 HP | 200 HP | ||
Headshots Tanpa helmet |
288 | 1 | 1 | 1 | 1 |
Headshots Level 1 helmet |
259 | 1 | 1 | 1 | 1 |
Headshots Level 2 helmet |
230 | 1 | 1 | 1 | 1 |
Headshots Level 3/4 helmet |
216 | 1 | 1 | 1 | 1 |
Bodyshots | 144 | 1 | 2 | 2 | 2 |
Kalau Kraber merupakan senjata maut untuk jarak jauh, manakala senjata lagenda Mastiff pula adalah padu dan paling puas hati untuk pengakhiran perlawanan! Shotgun ini juga hanya boleh didapati dalam airdrop yang rare, dan tersangat lah limited. Kerosakan padu sehingga 144 base DPS mencecah sehingga 288, sebenarnya ianya juga tiada masalah untuk tembakan jarak jauh.
Jadi sampai kat sini perkongsian kami kalini. Tapi ini hanya pendapat dari kami dan sedikit kaji sumber dari The Gamer.
@gamersantaimy
Discussion about this post